berita

‘Badan Sakit, Motor Jahanam…’

January 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Isu mengenai keadaan jalan raya yang berlubang bukan satu isu yang baharu di negara kita. Bahkan, banyak kes yang melibatkan penunggang motosikal mengalami kemalangan berikutan keadaan jalan tersebut. Lagi menyedihkan apabila, terdapat beberapa kes penunggang motosikal maut di tempat kejadian susulan pelanggaran lubang tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gara-Gara Terlanggar Lubang, Penghantar Makanan Meninggal Dunia Di Damansara

Artikel Berkaitan: Guna Duit Sendiri Turap Jalan, Lando Zawawi & Brotherhood Sedang Uji Bahan Rekaan Terbaru

Artikel Berkaitan: ‘Anda Lapor, Kami Baiki’ – DBKL Gesa Orang Ramai Lapor Jika Jalan Berlubang

Seperti thread yang dikongsi seorang isteri dikenali FaiFarida, di laman Twitter, meminta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil langkah proakif dalam menangani kes ini dengan kadar yang segera.

Suami dah terbaring

Jelas wanita tersebut, dia meminta supaya pihak JKR mengambil tindakan dengan segera berikutan keadaan jalan tersebut yang berlubang. Susulan daripada pelanggaran tersebut, suaminya mengalami kecederaan dan terpaksa menanggung kos untuk memperbaiki motosikalnya semula.

Pada masa yang sama, dia sekali lagi menegaskan kejadian seumpama ini boleh meragut nyawa penunggang motosikal yang lain.

Minta pihak JKR ambil tindakan

Tambah wanita itu, keadaan lubang pada jalan di Austin Utama ini, membolehkan sebiji tayar untuk masuk ke dalam lubang tersebut. Dia berharap supaya tindakan yang pantas boleh diambil supaya keadaan yang menimpa suaminya tidak berulang kepada penunggang motosikal yang lain.

JKR ambil tindakan

Susulan daripada aduan tersebut, pihak JKR tampil memberikan respon menerusi tweet tersebut. Jelas pihak JKR, tindakan menurap jalan tersebut sudah dilakukan sebaik pihaknya menerima aduan tersebut.

Sumber: FaiFarida

SKIP THIS AD ×