Pada korang yang sukakan fesyen, mesti tak nak terlepas fesyen terbaru sekarang. Yalah, tak nak ketinggalan punya pasal. Mesti nak tahu yang fesyen paling latest punya! Setuju tak?
Dengar cerita, HLA ada keluarkan baju dengan design terbaru tahun ni. Ada kaitan dengan Transformers pulak tu. Korang mesti dah curious nak tahu design apa pulak yang HLA keluarkan kali ni kan?
Transformers Series, design terbaru lagi cool oleh HLA
Serious la wei. Admin minat gila dengan Transformers ni. Follow daripada first movie kot. Excited bila dapat tahu yang HLA ada keluarkan design terbaru iaitu Transformers Series. Cool beb!
Ada banyak pilihan baju Transformers Series ni. Kalau korang datang, confirm rambang mata. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Sebab semua design sangat menarik!
Sebenarnya korang boleh matchingkan baju Transformers Series ni dengan jaket atau kemeja. Tak pernah terfikir pulak. Stylo jugak kan pakai macam ni. Boleh la try nanti.
Meh admin belanja sikit gambar baju Transformers Series oleh HLA ni. Ada jugak yang simple kalau korang nak. Admin paling berkenan dengan baju yang ada karakter Bumblebee tu. Cantik gila.
Comel la baju dengan karakter Bumblebee tu. Bulan Disember nanti kan ada keluar movie Transformers terbaru iaitu Bumblebee. Patut la HLA keluarkan fesyen terbaru macam ni. Macam tahu-tahu je!
Boleh la pakat dengan pasangan korang untuk pakai baju Transformers Series oleh HLA ni. Huh? HLA ni kedai untuk lelaki? Korang silap ni. Mesti sebab korang tak tahu fakta pasal HLA kan. Meh admin bagitahu korang..
Baju kat HLA ni bukan lelaki je boleh pakai tau
Kalau tengok dari luar, HLA ni nampak macam kedai untuk lelaki je. Haa, jangan tengok dari luaran tau. Bila korang masuk je HLA ni, sebenarnya ada jugak baju yang perempuan pun boleh pakai. Percaya la cakap admin.
Sebenarnya kebanyakan baju di HLA ni untuk unisex. Lelaki dan perempuan boleh pakai. Sebab tu admin ajak korang pakat dengan yang tersayang untuk pakai baju Transformers Series tu. Pakai baju sama la baru sweet!
HLA menjual pakaian untuk formal dan casual. Paling penting, dijamin berkualiti. Lagipun, maksud HLA ni ialah High Quality, Live, dan Affordable. Baru tahu kan? Boleh la bangga kat member korang nanti. Hehe.
Outlet HLA mana je yang ada jual baju Transformers Series ni? Korang boleh dapatkannya di semua 19 outlet HLA kat Malaysia dan Singapura kecuali di Queensbay Mall, Penang. Bukan biasa-biasa eh!
Oh, kat Gurney Plaza pun belum ada baju Transformers Series ni. Stok akan tersedia dalam bulan Disember 2018. So, orang Penang kena tunggu stok sampai kat Gurney Plaza nanti naa.
Ada promosi gempak kat HLA sampai hujung tahun!
Siapa tak suka dengar kalau ada promosi? Mesti la suka! Kat HLA sekarang ada promosi gempak sampai hujung tahun 2018 ni. Paling tertarik, ada promosi dengan beli 2 percuma 1. Korang ajak la family atau member sekali!
Lagi satu, kat HLA pun ada promosi dengan diskaun 30%. Bukan senang nak dapat. Take note! Sampai hujung tahun 2018 ni je. Kalau nak promosi ni, baik korang cepat datang ke HLA sekarang.
Promosi yang hebat belaka ni cuma ada di outlet terpilih. Kalau ada outlet HLA yang berdekatan dengan korang tu, jangan lupa singgah untuk dapatkan baju Transformers Series ya.
Kalau korang nak update terkini daripada HLA, boleh la klik kat laman web HLA ni. Jangan lupa like dan follow Facebook HLA Malaysia. Sebab bulan depan ada stok design baru akan sampai ke HLA untuk baju Transformers Series. Ikuti perkembangan HLA di Facebook okay?
Tak sabar pulak nak dapatkan baju Transformers Series kat HLA. Boleh ajak yang tersayang sekali. Sweet teruk!