Sebelum ini, pelakon Elisya Sandha menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara muat naik foto dan video seksi di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Clever Anak Menantu Mama, Tapi Next Time Serai Buang Kulit Luar’
Artikel Berkaitan: Kes Kanak-Kanak Didera Kekasih Ibu, Elisya Sadha Mahu Si Pelaku ‘Dihumban’ Ke Penjara -‘Jantan Tak Guna!’
Berikutan daripada itu, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 24, berkata, dia berpenampilan sebegitu disebabkan tuntutan kerja semata-mata.
Masih ada batas
Menurut Elisya, penampilan seksi itu juga selari dengan konsep fotografi yang harus dipenuhi sebagaimana ditetapkan produksi untuk mempromosikan produk terbabit.
Kenalah berani untuk tampil berbeza. Apatah lagi, ini untuk karier saya juga. Saya pun ingin cuba sesuatu yang berbeza dan mencabar diri. Jadi, sekali-sekala saya rasa memang perlu berani tampil sebegitu.
Cuma, saya masih ada batas lagi untuk seksi itu. Tapi, ramai saja yang seksi kan. Lebih-lebih lagi, bagi tujuan promosi global. Jadi mestilah kena berbeza dan lebih berani.
Disoal mengenai penerimaan ibu mentuanya, Sheila Rusly, Elisya memberitahu dia bersyukur mendapat keluarga mentua yang amat memahami tuntutan kerjanya sebagai selebriti.
Mak mentua saya faham kerana dia juga pemain industri. Malah, sebelum kahwin dengan suami, Uzair Haqimy pun saya memang begini (penampilan diri), jadi itu bukan satu isu baharu.
Sebenarnya, saya ada juga baca komen-komen yang ditulis netizen sampai terdetik dalam hati, mama (Sheila) kena marah ke? Tapi, bila fikir balik, saya kenal ibu mentua saya.
Dia faham kerja saya dan seorang yang sangat terbuka. Saya juga bukanlah wanita yang selalu muncul dengan penampilan seksi. dan itu adalah atas tuntutan kerja untuk majalah saja.
Suami saya pun tidak menegur hantaran yang dimuat naik itu. Cuma jika dia ada tegur, saya mesti akan padam dan ganti dengan hantaran foto yang baharu.
Terdahulu, netizen mendakwa Elisya tidak sensitif dengan isu pergolakan dan kekejaman regim Zionis di Gaza, Palestin.
Sumber: Harian Metro