berita

Balik Kerja Pukul 10, Kedai Makan Tutup Pukul 8! Netizen Desak Kerajaan Kaji Semula

January 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Umumnya mengetahui semalam, 13 Januari merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di enam buah negeri. Pelaksanaan tersebut adalah bertujuan untuk melandaikan semula kes Covid-19 yang semakin bertambah saban hari. Berikutan pelaksanaan PKP ini, rakyat terpaksa akur dengan Garis Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Antara SOP yang dibahaskan oleh netizen adalah penutupan kedai makan pada pukul 8 malam.

Artikel Berkaitan: ‘PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021 ‘ – Perdana Menteri

Artikel Berkaitan: Kedai Makan, Gerai Penjaja Hanya ‘Take Away’ Sepanjang PKP

Artikel Berkaitan: PKP: Ramai Pengusaha Kedai Makan Ambil Keputusan Tutup Kedai Terus, Tak Mampu Tampung Kos

Terdapat banyak rungutan yang cuba diketengahkan oleh netizen melalui platfom media sosial mereka.

Kedai makan tutup 8 malam

Menerusi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kedai makan masih boleh beroperasi seperti biasa namun hanya boleh dibenarkan untuk bungkus dan waktu perkhidmatan adalah sehingga jam 8 malam. Namun, netizen meluahkan rasa ‘kecewa’ dan meminta supaya kerajaan mengkaji semula SOP ini berikutan masa yang dicadangkan adalah tidak bersesuaian bagi mereka.

Sebagai contoh, seorang netizen menceritakan masalah yang dihadapinya berikutan bekerja dalam syif, lazimnya habis kerja pada pukul 10 malam, namun ketika itu semua kedai tidak lagi beroperasi seperti biasa.

Cadang dilanjutkan waktu beroperasi

Tidak berakhir di situ, netizen juga meminta supaya SOP ini diteliti semula berikutan penutupan kedai makan pada pukul 8 malam yang secara tidak langsung membebankan sesetengah individu termasuk peniaga itu sendiri. Jelas mereka lagi, jika kedai beroperasi seperti biasa, itu tidak akan mendatangkan sebarang masalah kerana perkhidmatan yang disediakan adalah bungkus sahaja. Malahan, netizen turut mencadangkan supaya waktu operasi kedai makan dipanjangkan sehingga 12 malam

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan melaksanakan PKP bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021 ke atas 6 buah negeri iaitu Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Pulau Pinang.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×