Raja Ilya pernah menjadi bualan netizen apabila dia pernah terfikir bahawa mempunyai anak adalah menyusahkan dan menganggu kerja seharian. Namun dia menyatakan bahawa fikiran ketika masih bujang adalah salah kerana dia amat menghargai masa bersama anaknya sekarang.
Terbaru, dia memuat naik gambar anaknya di laman Instagram dan membuatkan netizen tercuti hati dengan gelagat anaknya yang comel.
Artikel Berkaitan: Pernah Fikir Ada Anak Menyusahkan Hidup, Raja Ilya Kini Gembira Bergelar Ibu
Artikel Berkaitan: Raja Ilya Nak Bersalin Dalam Air Di Australia
Artikel Berkaitan: Hamil Lima Bulan, Raja Ilya Minta Kongsi Tips Nak Jadi Ibu – ‘Saya Akan Bersalin Dekat Australia’
Bangun tidur terus cari Daddy
Menerusi gambar yang dimuat naik Ilya itu, kelihatan anaknya sedang bermanja dengan suaminya sejurus bangun dari tidur. Kapsyen Ilya membuatkan netizen geli hati dan puji kecomelan anaknya.
Bangun tidur terus cari Daddy dia. Yang penat beranak, jaga siang malam tu kita tapi Daddy dia juga yang dia cari. Takpe, masa saya akan datang.
Pelakon 37 tahun itu yang sekarang menetap di Perth, Australia bersama keluarga kecilnya mendapat perhatian netizen. Gelagat si kecil itu membuatkan netizen bersetuju bahawa kebanyakkan anak perempuan memang akan rapat dengan ayahnya ketika kecil.
Anak daddy
Terdahulu, Raja Ilya selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Talita Love.
Sumber: Raja Ilya