berita

Banyak Peniaga Gulung Tikar, Pantai Cenang Bagaikan ‘Pulau Berhantu’

June 13th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pulau Langkawi sinonim sebagai pusat peranginan dan pelancongan yang popular dalam kalangan pelancong tempatan mahupun dari luar negara. Suatu ketika dahulu, Pulau Langkawi yang cukup terkenal dengan keindahan panorama dan dihadiri dengan kunjungan ramai pelancong, kini, pulau tersebut telah menjadi sebuah pekan yang ‘mati’ terutamanya di sekitar kawasan Pantai Cenang.

Artikel berkaitan: Tiada Kes Positif Covid-19 Di Langkawi – JKN Kedah

Artikel berkaitan: Sesak Dekat Terminal Feri Kuala Perlis, Netizen Risau Wujud ‘Kluster Langkawi’

Bagai pekan ‘mati’

Di Facebook Kedai Tourism telah memuat naik video perkongsian memaparkan Pantai Cenang yang diibaratkan sebagai sebuah ‘pekan mati’ tanpa kehadiran orang ramai dan pelancong di situ.

Sebelum ini, Pulau Langkawi menjadi pusat tumpuan pelancongan domestik dimana kerajaan membenarkan operasi aktiviti pelancongan dalam negara sahaja sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketika itu kita dapat saksikan ekonomi di Pulau Langkawi kembali rancak dengan kehadiran pelancong. Namun, beberapa jumlah kes positif Covid-19 dicatatkan di negeri itu dan menyumbang kepada peningkatan kes kumalatif sehingga membimbangkan ramai.

Pada 1 Jun 2021 lalu telah diperintahkan seluruh negeri dikenakan Total Lockdown dan pusat pelancongan tersebut kembali ‘mati’ tanpa kehadiran pelancong. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia secara tidak sedar telah melumpuhkan sektor ekonomi di Pantai Cenang.

Keadaan semasa di Pantai Cenang, Langkawi umpama pekan mati. Wahai Covid, cepatlah kau nyah dari bumi Malaysia.

Banyak peniaga ‘bungkus’

@sharida85##tiktok ##tiktokmalaysia ##timeapipantaicenang pkp lockdown sambung?tk tau apa nk jdi bnyk perniaga dah bungkus tutup kedai sewa jalan Allah ujian mu? Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Sementara itu, menerusi perkongsian pengguna TikTok iaitu Sharida85 memuat naik sebuah video memaparkan banyak premis perniagaan telah gulung tikar akibat kerugian yang tidak mampu ditanggung mereka. Selain menyaksikan keadaan di kawasan Pantai Cenang yang sepi dan kelihatan tidak terurus.

Rindunya nak ke sana

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merindui kenangan ketika pernah bercuti di Pulau Langkawi. Malah, mereka juga tidak menyangkakan Pantai Cenang akan ‘mati’ sebegini tanpa kunjungan pelancong dan peniaga-peniaga terpaksa gulung tikar.

Sumber: TikTok Sharida85, Kedah Tourism

SKIP THIS AD ×