berita

Banyak Sektor Perniagaan Dibenarkan Beroperasi, Netizen Dakwa SOP PKP Makin ‘Pening’

February 10th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Umumnya mengetahui, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 mula dilaksanakan kembali ke seluruh negeri kecuali Sarawak. Hal ini demikian kerana, berlakunya peningkatan kes yang dilihat semakin ketara. Bahkan, sehingga semalam, kes Covid-19 di negara kita telah mencatatkan hampir 250 ribu kes.

Artikel Berkaitan: ‘PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021 ‘ – Perdana Menteri

Artikel Berkaitan: Makan Malam Tahun Baru Cina Dibenarkan Untuk 15 Orang Dalam Satu Masa

Artikel Berkaitan: ‘Boleh Makan Di Kedai Bermula Esok’ – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 

Namun, di sebalik kes yang semakin mencanak ini, pihak kerajaan dilihat cuba ‘melonggarkan’ prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari demi hari.

Di media sosial, timbul pelbagai pendapat yang menyatakan pelaksanaan PKP kali ini, tidak lagi wajar dilaksanakan berikutan hampir kesemua sektor telah dibenarkan kembali beroperasi seperti biasa, bermula hari ini.

Banyak sektor kembali beroperasi

Sekadar Gambar Hiasan

Terdahulu, pihak kerajaan menerusi sidang media yang dilakukan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan perkhidmatan makan di kedai dibenarkan semula tetapi hanya terhad kepada dua pelanggan bagi satu meja.

Tidak berakhir di situ, semua sektor perniagaan peruncitan juga dibenarkan kembali beroperasi yang merangkumi kedai pakaian, kasut, aksesori, fesyen, kedai gambar, kedai alat permainan, kedai alatan sukan dan kedai kosmetik. Sebelum itu, perkhidmatan gunting rambut, pasar malam, dan pusat cuci kereta juga telah dibenarkan kembali beroperasi tetapi perlu patuh dengan SOP yang telah ditetapkan.

Susulan daripada itu, timbul pelbagai kerisauan dalam kalangan netizen jika kes Covid-19 akan meningkat kembali jika kesemua sektor telah kembali beroperasi seperti biasa. Pada masa yang sama, SOP 2.0 kali ini disifatkan sebagai ‘bercelaru’ dan menyusahkan pelbagai pihak.

Respon netizen

Rata-rata netizen berpendapat, pihak kerajaan tidak berpendirian tetap pada pelaksanaan PKP kali ini. Jika dilihat, PKP pada Mac, tahun lalu, SOP yang telah ditetapkan begitu ketat dan rakyat akur pada mulanya.

Pada masa yang sama, netizen juga menyuarakan pelaksanaan PKP kali ini tidak lagi relevan berikutan pembukaan banyak sektor yang kembali berkhidmat yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.

Bahkan, PKP kali ini, sepatutnya diubah menjadi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Tidak berakhir di situ, ada juga yang mencadangkan supaya kerajaan membenarkan semula rentas daerah dan negeri berikutan pembukaan semula banyak sektor.

Sumber: Media Sosial

SKIP THIS AD ×