berita

Bapa Nicki Minaj Maut Dalam Kejadian Langgar Lari

February 15th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: MojiDelano.Com

Bapa kepada penyanyi rap terkenal Nicki Minaj maut selepas terlibat dalam satu kes langgar lari yang berlaku di New York.

Artikel berkaitan: Penunggang Motosikal Maut Di Lokasi, Kes Pemandu Mabuk Cuba Langgar Lari Tapi Gagal

Artikel berkaitan: Penghantar Makanan Maut Dilanggar Lori

Maut akibat kes langgar lari

Foto: Capital XTRA

Bapa kepada rapper dan penyanyi terkenal iaitu Nicki Minaj yang berusia 64 tahun telah meninggal dunia setelah terlibat dalam kes langgar lari di New York. Robert Maraj dipercayai dilanggar ketika sedang berjalan di kawasan Mineola di Long Island pada pukul 6.15 petang pada hari Jumaat. Dia dikatakan dilanggar oleh sebuah kereta dan pemandu tersebut terus meninggalkan tempat kejadian.

Robert Maraj terus dikejarkan ke hospital dan disahkan maut pada hari Sabtu. Pihak polis menyeru kepada semua saksi kemalangan untuk tampil memberikan keterangan untuk membantu menyelesaikan kes.

Nicki Minaj, 38, penyanyi terkenal ini dilahirkan di Onika Tanya Maraj di Trinidad dan dibesarkan di bandar Queens di New York City. Menurut The Guardian, Nicki Minaj masih tidak membuat sebarang kenyataan umum mengenai kematian bapanya.

Sumber: TheGuardian.com

SKIP THIS AD ×