
Perkongsian terkini bapa tiri kepada penyanyi Shila Amzah iatu Brigedier Jeneral Zainal Abidin Mohammad Salleh di media sosial miliknya telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: ‘Pada Usia Berapa Pun, Mereka Berhak Bahagia’ – Shila Amzah Syukur Lihat Ibu Temui Cinta Baharu
Artikel Berkaitan: ‘Sebulan Kenal Terus Suami Ajak Kahwin, Saya Terpikat Dengan Pickupline Dia’ – Ibu Shila Amzah
Kongsi gambar

Menerusi hantaran di Threads, Zainal memuat naik foto bersama isteri, Fauziah Sarman yang dilihat sedang berada di hadapan cermin.
Meskipun tidak menulis sebarang kapsyen pada hantaran tersebut, namun kemanisan senyuman Zainal dan isteri menuai tumpuan ramai.
Tinjauan OhBulan! juga mendapati Zainal banyak berkongsi momen-momen istimewa bersama Fauziah di platform tersebut selepas mereka sah bergelar suami isteri pada 22 November lalu.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet, malah Shila dan suaminya, Ubai juga turut mengusik pasangan pengantin baru itu.
Dalam masa yang sama, warganet berkata, seri pengantin dilihat terpancar pada wajah Zainal dan Fauziah, selain turut mendoakan kebahagiaan mereka.
Imbas kembali, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi era-80 an, ND Lala dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Shahila atau Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.
ND Lala melafazkan cerai pada 2 Ogos 2023 di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenai hal itu kepada Fauziah di aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos 2023.
Pada 5 September 2023, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mengesahkan lafaz cerai dibuat ND Lala terhadap Fauziah secara ‘voice note’ di WhatsApp pada 2 Ogos adalah sah.
Sumber: Threads








