Baru sahaja mencipta akaun Instagram selama 4 hari, V ataupun Kim Taehyung daripada kumpulan BTS telah memecah beberapa rekod Instagram, bermula dari hari pertama pembukaan akaunnya. Terbaru, Taehyung kini berada di tangga ke-16 ‘Top 1000 Instagram Influencers’, dan mempunyai kadar ‘engagement’ paling tinggi dalam sejarah Instagram.
Artikel Berkaitan: Tak Sengaja ‘Follow’ Instagram Jennie Blackpink, Peminat V BTS Serang Ruang Komen
Pecah pelbagai rekod Instagram
Pada 48 jam pertama pembukaan akaunnya, V telahpun mengumpul jumlah pengikut paling ramai (19 juta) dalam masa 24 jam, memecah rekod Jennifer Aniston (8.6 juta) sebelum ini. V juga memecah rekod Angelina Jolie yang berjaya mendapat jumlah pengikut 10 juta dalam masa 5 jam, dengan rekodnya sendiri iaitu 4 jam.
Bukan itu sahaja, V juga memecah rekod hantaran dengan jumlah ‘like’ paling banyak selebriti Asia, dan merupakan satu-satunya artis dengan 2 hantaran melebihi 13 juta ‘likes’.
Gambar anjing peliharaannya, Yeontan juga kini memegang rekod gambar paling cepat mengumpul 10 juta ‘likes’.
‘Engagement’ paling tinggi dalam sejarah Instagram
Selepas 4 hari, V kini berada di tangga ke 16 senarai ‘Top 1000 Instagram Influencers’, menjadikannya penyanyi lelaki Korea yang berada paling tinggi dalam carta tersebut, diikuti dengan ahli-ahli BTS yang lain.
V juga telah memecah rekod dalam sejarah Instagram dengan kadar ‘engagement’ paling tinggi yang pernah aplikasi tersebut rekodkan, iaitu 65.3%. Sebelum ini, kadar tertinggi direkodkan adalah 18.98% dan V merupakan pengguna pertama yang berjaya mencapai angka sebesar itu.
Kim Taehyung’s Instagram account has the highest engagements on Instagram history. His average engagements are 65,3%, before him the highest rate was 18.98%. This is the first time ever someone had this large percentage pic.twitter.com/Q9HH4CcOSj
— daily tae praise ? (@dailytaepraise) December 9, 2021
Dengan pembukaan akaun Instagram itu, V juga kini artis Korea nombor 1 paling dicari di enjin carian Google untuk tahun 2021.
Sumber: allkpop