berita

Baru Kehilangan Ayah Tercinta, Irwansyah Pula Positif Covid-19

July 14th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon Indonesia iaitu Irwansyah telah disahkan positif Covid-19. Berita yang tidak diingini itu telah dikongsinya melalui laman YouTube The Sungkars Family, baru-bari ini.

Artikel berkaitan: Penantian 10 Tahun Berakhir, Isteri Irwanshah Selamat Bersalin Baby Boy. Ukkasya Muhammad Syahki Nama Pilihan!

Artikel berkaitan: Jalani Kuarantin Kendiri Di Rumah, Afgan Disahkan Positif Covid-19

Terpaksa asingkan diri

Keratan foto: YouTube The Sungkars Family

Difahamkan, penyanyi My Heart itu tidak mengalami sebarang gejala kronik akibat jangkitan Covid-19 dan kini dia terpaksa mengasingkan diri daripada Zaskia Sungkar dan anaknya Ukkasya Muhammad Syahki.

Saya disahkan positif, tapi Alhamdulillah masih dapat dikawal. Saya terpaksa berpisah sementara waktu dengan isteri dan anak. Kami berkomunikasi menerusi panggilan video.

Tambah Irwansyah lagi, dia dijangkiti virus itu daripada adiknya. Pada masa yang sama, Zaskia bersyukur kerana diri dan anaknya tidak dijangkit virus Covid-19 setelah menjalani ujian saringan.

Kita sudah dua minggu lebih sudah tidak keluar rumah sebab penuhi waktu terluang buat vlog sampai habis ideas. Saya rasa bersyukur kerana tidak dijangkiti. Bimbang kalau saya juga positif, siapa yang akan jaga Ukkasya nanti.

Video penuh

Umum sedia maklum, keluarga kecil Irwansyah dan Zaskia Sungkar ini sering memuat naik video buat pengikut mereka di laman YouTube. Namun, video terbaharu mereka berdurasi 26:56 minit itu memaklumkan Irwansyah dijangkiti positif Covid-19 dan Zaskia terpaksa menjaga anak mereka sendirian tanpa bantuan suaminya.

Buat makluman, ayah kepada Irwahsyah iaitu Ummar Effendy telah meninggal dunia pada 8 Julai 2021 lalu akibat Covid-19. Perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh Irwansyah melalui postingnya di laman Instagram.

Sumber: The Sungkars Family

SKIP THIS AD ×