berita

Baru Sebulan Nikah, Ifan & Isteri Dah Buat Rawatan IVF Kerana Usia Semakin Lanjut

July 3rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Baru sebulan mendirikan rumah tangga, bekas vokalis kumpulan Seventeen iaitu Ifan dan isterinya, Citra Monica berjumpa dengan doktor pakar kehamilan bagi menjalani ujian rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Perkara itu telah dikongsi Ifan sendiri di laman Instagram, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: [FOTO] Ifan Seventeen Selamat Bernikah Dengan Citra Monica, Siap Ada ‘Live’ Dekat TV

Artikel berkaitan: Ifan Seventeen Selamat Bertunang

Citra sakit?

Terdapat segelintir peminat mempersoalkan tindakan pasangan itu memilih untuk melakukan IVF sedangkan baru sahaja berkahwin pada 29 Mei lalu. Di ruangan kapsyen, Ifan menjelaskan ujian IVF yang dilakukan mereka adalah saranan terbaik oleh doktor memandangkan usia pasangan suami isteri ini sudah lanjut.

Tambah Ifan lagi, dia gembira apabila dapat melihat embrio yang sudah terhasil daripada ujian tersebut. Pada masa yang sama, dia juga tidak kisah akan jantina anaknya.

Kenapa harus bayi tabung? Banyak yang nanya kenapa kami harus menjalani proses bayi tabung, apa Citra sakit? atau aku yang tidak sihat? Slide kedua Alhamdulillah bisa menjawab pertanyaannya. Kalau kami berdua Alhamdulillah sehat, cuma bayi tabung adalah salah satu saran terbaik yang diberikan setelah konsul dengan dokter canggih.

Faktor pertimbangannya ada beberapa, selain karna umur, kita juga pengen ini berjalan lebih cepet InsyaAllah, satu lagi ini bentuk ihtiar kita dalam meminta anak cowo sama Allah. Dan hari ini dihari ketiga, ada 3 calon Embrio yang InsyaAllah akan menjadi bayi kami. Lucu banget lepas lihat mereka bergerak satu sama lain dalam proses ‘pencocokan’, mahluk kecil yang aktif dan bergerak terus.

Hanya ikut saranan doktor

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riefian Fajarsyah (@ifanseventeen)

Sementara itu, peminat dan rakan selebriti turut mendoakan agar pasangan ini dikurniakan cahaya mata secepat yang mungkin.

Sumber: Ifan Seventeen

SKIP THIS AD ×