berita

‘Bayangkan Tak Bau Langsung Minyak Attar Even Letak Depan Hidung!’

January 20th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Akhir-akhir ini, berlakunya peningkatan kes Covid-19 yang mendadak sehinggakan kerajaan terpaksa melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negeri di Malaysia kecuali di negeri Sarawak. Tambahan pula, virus ini dilihat semakin agresif dan mampu menjangkiti sesiapa sahaja.

Artikel Berkaitan: Satu Keluarga Dakwa Dijangkiti Covid-19 Gara-Gara KKM ‘Tertukar’ Nama Pesakit

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Kenduri Kenduri, 21 Ahli Keluarga Positif Covid-19

Artikel Berkaitan: 18 Kluster Berpunca Daripada Pergerakan Rentas Negeri

Seperti perkongsian seorang lelaki dikenali Akram, menceritakan pengalaman ahli keluarganya yang menjadi pesakit Covid-19. Perkongsian tersebut diceritkan menerusi satu thread yang memperoleh lebih 5.6k tanda retweet.

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti

Jelas lelaki itu, virus Covid-19 ini sudah mula ‘sebati’ dengan masyarakat di Malaysia. Lagi menyedihkan, apabila ibunya sendiri telah disahkan positif dan dibawa ke pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Tidak berakhir di situ, dia sempat memberikan pesanan jika seseorang itu mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dan kehilangan deria baru untuk terus membuat ujian calit tanpa berlengah-lengah lagi.

Malahan, dia turut menggalakkan orang ramai untuk membuat ujian calit menerusi kaedah Real Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction ( (PCR) yang lebih tepat keputusannya.

Hilang deria bau

Perubahan ketara yang dialami oleh ibu kepada lelaki ini, adalah hilang deria bau walaupun mencium bau yang sangat kuat. Tambahan pula, selain hilang deria rasa, demam dan sakit tekak antara simptom utama virus Covid-19.

Pada masa yang sama, dia turut berpesan kepada orang ramai supaya tidak mempunya stigma yang negatif terhadap pesakit Covid-19 ini.

Buat panggilan terlebih dahulu

Lelaki ini juga, sempat memberikan pesanan kepada netizen supaya menceritakan keadaan mereka kepada klinik kesihatan yang dikunjungi bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Prosedur yang perlu dilakukan oleh mereka yang mempunyai kontak rapat adalah hanya perlu membuat permohonan untuk menjalani ujian calit di klinik kerajaan mahupun swasta.

Sumber: Akram

SKIP THIS AD ×