berita

Bayaran Untuk Pemohonan I-Sinar Dibuat Mulai Hari Ini

March 2nd, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Permohonan kemudahan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat mulai, hari ini.

Artikel berkaitan: Kajian Buktikan Ramai Golongan T20 Guna Wang i-Sinar Untuk Beli Emas

Artikel berkaitan: ‘Patut Lah Malam Tu Dia Bersungguh Suruh Mohon KWSP..’ – Tak Sempat Merasa Duit I-Sinar, Suami Dijemput Ilahi

Artikel berkaitan: Lelaki Bina 11 Bonggol Mohon Maaf, Mengaku Guna RM1080 Duit i-Sinar Semata-Mata Nak Buat Bonggol!

Bayaran i-Sinar mula dibuat hari ini

Foto: KUSEMAN.COM

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini telah mengumumkan bahawa permohonan kemudahan i-Sinar yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat. KWSP turut menyatakan bahawa jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

KWSP juga turut menyatakan bahawa pihak mereka meminta pemohon untuk terus bersabar kerana proses meluluskan permohonan sedang berjalan. KWSP juga menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan. Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan maka semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya.

Permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli berusia di bawah 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 mereka, dan ini termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.

Permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja dan selepas tempoh itu, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.

Selain itu, setiap ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online bermula 8 mac ini.

Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000 dengan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan.

KWSP juga turut menjelaskan untuk ahli yang mempunyai lebih daripada RM100,00 dalam akaun 1, maka mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga mencecah 10 peratus daripada simpanan akaun 1. Namun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah RM 60,000.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau layari laman web www.kwsp.gov.my

SKIP THIS AD ×