Pelakon Imran Aqil dan isteri, Dahlia Rizal selamat mendirikan rumah tangga pada 9 September lalu. Tak dinafikan, pasangan ini menjadi perhatian warganet susulan sifat romantis yang dipamerkan mereka di media sosial.
Artikel Berkaitan: Sweetnya.. Imran Aqil Ilhamkan Lagu ‘Bunga Dahlia’ Buat Isteri, Dahlia Rizal
Artikel Berkaitan: ‘Kepada Suami, Sayangku & Rumahku’- Dahlia Rizal
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Sah Jadi Suami ‘Influencer’ Cantik, Dahlia Rizal
Perkahwinan adalah satu kejayaan
Ketika ditemu bual OhBulan!, Imran Aqil atau nama sebenarnya Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin meluahkan rasa syukur dengan hubungan yang terbina bersama isteri tercinta.
Bercerita dengan lebih lanjut, Imran akui perbezaan yang dilalui selepas mendirikan rumah tangga adalah tanggungjawab terhadap isteri.
Makan minum, pakaian, tempat tinggal, perubatan, perhatian, hantar isteri pergi kerja dan lain lain. Saya rasa saya lebih produktif jika nak dibandingkan saya dalam keadaan bujang.
Sementara itu, Imran menyifatkan perkahwinan adalah satu kejayaan. Selain berpendapat, berkahwin pada usia yang muda bukanlah satu kesalahan.
Bukan semua orang dapat kahwin kan? Orang tua kita pun semakin berumur, nak nak lagi dengan banyak kes kematian sekarag ni, nanti karang tak sempat nak merasa nikmat berpasangan.
Jadi saya mengambil satu langkah yang besar untuk berkahwin di usia yang muda dengan niat untuk menjaga agama.
‘Saya hormat keputusan isteri saya’
Dalam pada itu, Imran bersyukur bahawa isteri, Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal bukan sahaja memiliki paras rupa yang cantik tetapi akhlaknya juga cukup luar biasa.
Apabila ditanya mengenai perancangan memiliki cahaya mata, Imran berkata dia dan isteri tidak merancang untuk memiliki zuriat dalam masa terdekat ini.
Buat masa sekarang belum lagi, maybe lagi 1 atau 2 tahun. Saya hormat keputusan isteri saya. Dahlia perlukan masa. Dia prefer kami explore dulu dunia ni berdua baru fikir tentang zuriat.
Sekadar info, Imran telah selamat diijabkabulkan dengan pempengaruh media sosial terkenal pada 9 September lalu selepas hampir lebih setahun mengikat tali pertunangan.