Gambar sekadar hiasan
Gara-gara berang ditegur pisang dan cempedak goreng dijual pada harga yang mahal, seorang peniaga maut selepas bergaduh dengan pelanggannya.
Artikel Berkaitan: Peniaga Kongsi Cerita Jual Karipap Laris Bak ‘Pisang Goreng Panas’, Raih Jualan Puluhan Ribu Sebulan
Artikel Berkiatan: 20 Tahun Meniaga Nasi Ayam RM1.90, Peniaga Teruk Dikecam Sebab Naik Harga Jadi RM3
Tengking pelanggan
Foto: Berita Harian
Memetik laporan Berita Harian, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada Selasa lalu berhampiran kedai serbaneka di Assam Kumbang, Taiping.
Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut pada jam 4.15 petang.
Susulan kes berkenaan polis telah menahan seorang lelaki tempatan untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, kejadian berpunca daripada mangsa berusia 50-an yang juga peniaga cempedak dan pisang goreng yang menengking pelanggannya kerana menegurnya menjual terlalu mahal.
Susulan tindakannya itu, berlaku pergaduhan membabitkan mangsa dan pelanggannya sehingga menyebabkan dia maut dipukul di lokasi kejadian.
Turut dirampas, sebuah topi keledar dan tiga batang kayu yang telah patah.
Suspek berusia 40 tahun tersebut turut direman selama tujuh hari dan didapati positif dadah morfin.
Sementara itu, Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mengesahkan punca kematian mangsa adalah kerana sakit jantung dan terdapat kecederaan tisu lembut pada badan.
Kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kejadian tersebut tular di media sosial yang mendakwa peniaga tersebut maut dalam pergaduhan kerana pelanggannya menyentuh pisang goreng dengan tangan.
Walau bagaimanapun, pihak polis kemudian menafikan perkara tersebut dan percaya punca pergaduhan adalah kerana pelanggan terbabit menegur peniaga itu tentang harga jualannya yang dikatakan mahal.
Sumber: Berita Harian