berita

Berat Badan Turun 18KG, Pereka Fesyen Sempat Jumpa Arwah Adibah Noor Minggu Lalu – ‘Dia Buka Cerita & Minta Saya Kecilkan Baju’

June 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pereka fesyen dan penyanyi, Ezuwan Ismail tidak menyangka ajakan Allahyarham Adibah Noor ke rumahnya di Pandan Indah menjadi pertemuan terakhir mereka pada minggu lalu.

Artikel berkaitan: ‘Kehilangan Yang Tiada Ganti’ – Nam Ron Tahu Adibah Noor Hidap Kanser Bulan Lepas

Artikel berkaitan: Belangsungkawa Adibah Noor, ‘Kau Terlalu Istimewa’

Artikel berkaitan: Hidap Kanser Ovari, Adibah Noor Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: ‘Maaf, Kami Rakan-Rakan GV Terpaksa Simpan Rahsia’ – Ani Maiyuni

Minta saya kecilkan baju yang ditempah

Arwah minta saya mengecilkan baju yang ditempah. Sebelum ini, arwah menempah tiga pasang baju, namun, tidak muat selepas berat badannya turun sebanyak 18 kilogram. Ketika itu, barulah arwah buka mulut bercerita mengenai penderitaan dialami apabila menghidap penyakit kanser ovari. Doktor mengesahkan kesakitan dialami selama ini akibat penyakit kanser ovari, dua hari sebelum Ramadan. Jadi, saya perlu mengecilkan baju yang ditempah ketika Ramadan lalu.

Menurut Ezuwan, dia terkejut sebaik sahaja mendapat berita pemergian arwah Adibah. Ujar Ezuwan, arwah memaklumkan kepadanya mengenai rambut mula gugur akibat rawatan kimoterapi. Tambah Ezuwan, arwah terpaksa memakai rambut palsu apabila mencari rezeki.

Saya sempat memberi semangat kepada arwah pada pertemuan terakhir ini. Cuma, saya tak sampai hati mahu mengabadikan gambar bersamanya. Wajah arwah pucat apabila berat badan menyusut. Saya juga ada bertanya kenapa tidak berkongsi penderitaan dengan khalayak dan rakan media, namun, arwah memberitahu belum ada kekuatan.

Ezuwan turut berkata, dia dan arwah tidak selalu bertemu selama lebih 10 tahun bekerjasama dalam menyediakan busana untuknya.

Kami tak selalu jumpa, banyak berkomunikasi menerusi telefon bimbit atau mesej sahaja. Kali pertama kami bertemu di sebuah acara fesyen pada 2011. Kali kedua pula minggu lalu yang menjadi detik terakhir pertemuan kami. Kerjasama selama itu berdasarkan kepercayaan kerana ukuran badannya tak banyak berubah. Paling kurang, arwah akan minta besarkan baju lebih seinci. Hingga saat ini, hampir 1,000 baju pernah ditempah arwah. Beliau juga jenis menolak tajaan, sebaliknya suka menyokong bisnes rakan.

Tiada gambar bersama

Berkongsi lebih lanjut, Ezuwan memberitahu dia berasa sedih kerana tidak mempunyai gambar bersama Adibah sepanjang mereka bekerjasama. Jelasnya, sepanjang tempoh bekerjasama, hubungan baik di antara mereka pernah terhenti seketika.

Ada suatu ketika, arwah nak tempah baju, tetapi saya tak dapat memenuhinya kerana terlalu sibuk dengan komitmen lain. Selama ini, memang ada permintaan arwah pada saat akhir, tetapi saya sempat memenuhinya. Jadi, arwah mula guna khidmat pereka fesyen lain. Namun, arwah kembali kepada saya tidak lama kemudian.

Merajuk arwah tak lama. Saya minta maaf kepadanya kerana bukan sengaja berbuat sedemikian. Arwah terus sokong khidmat dan kepakaran saya. Apabila selesa dan diberi kepercayaan penuh, sampai satu tahap saya bimbang mengulang rekaan baju untuknya.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×