berita

‘Bergurau Kami Macam Dah Lama Kenal’ – Ebit Lew Dedah Kisah Remaja TMJ

February 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah dilihat memberi sumbangan kepada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan. Baginda telah menyumbangkan sebanyak RM200k dan mahu menaja pasukan Ebit Lew tunaikan umrah.

Artikel berkaitan: ‘Boleh Didenda RM100k & Penjara’ – Diminta Henti Salur Bantuan, Ebit Lew Mohon Maaf

Artikel berkaitan: TMJ Mahu Taja Team Ebit Lew Tunai Umrah. Salur Bantuan RM200k Untuk Golongan Asnaf

Terbaru, menerusi laman Instagram Ebit Lew, dia meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan menghadap baginda. Malah, Ebit Lew turut memuji keperibadian TMJ.

Takdir Allah kita bertemu

Ebit Lew meluahkan rasa syukur dapat berpeluang bertemu dengan TMJ dan turut mendedahkan usia mereka adalah sebaya. Selain itu, dalam perbualan mereka tempoh hari turut membincangkan mengenai masa depan anak muda yang dilihat bakal menjadi pemimpin negara kelak.

Baginda turut berkongsikan kisah kesusahan yang dihadapinya sewaktu di usia muda.

Lagi terkesan bila melihat kerisauan Tunku pada anak muda dan masa depan anak muda. TMJ dari kecil dididik dengan agama dan membesar dengan kesusahan. Latihan tentera di India. Sentiasa naik flight class ekonomi.

Baru ini, semenjak dilantik sebagai Tengku Mahkota baru naik 1st class. Makan di India ditempat biasa. Tiada duit di beri sangat. Dengar kisah kesusahannya membuat saya faham sesuatu. Saya jadi sebak. Masa kecil duduk bersama keluarga orang gaji istana. Mereka yang jaga kuda istana. Dipukul rotan masa belajar mengaji.

TMJ dari kecil dididik dengan agama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Tunku kuat fikir tentang Islam dan membangunkan jiwa anak muda. Susah tidur lena. Bergurau kami macam dah lama kenal. Terasa bersyukur sangat. Banyak saya belajar dalam pertemuan ini.

Ebit Lew mengakui banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang perbualan di antara mereka. Terutamanya, bercakap mengenai masa depan anak muda. Dikesempatan itu, pendakwah bebas tersebut turut mendoakan kesejahteraan buat keluarga TMJ dan seluruh insitusi Sultan dan Raja di negara ini.

Sumber: Ebit Lew

SKIP THIS AD ×