Nama adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah sekali lagi menerima kecaman hebat daripada netizen berikutan video nyanyiannya yang dianggap ‘sumbang’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Suara Shila Amzah Lagi Sedap Berbanding Syada, Tuan Badan Balas – ‘Jangan Risau, Saya Peminat Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Gila Lah, Rasa Macam Kita Ni Haiwan Terbiar. Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi..’ – Syada Amzah
‘Saya sedikit pun tidak terasa’
Menerusi temu bual bersama Melodi, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah berlapang dada menerima komen dan teguran daripada netizen.
Sejujurnya saya sedikit pun tidak terasa, kita hanya manusia biasa dan saya sendiri pun tak harap semua orang sukakan saya.
Lagu Tamil dan Arab adalah lagu paling susah dinyanyikan. Mungkin netizen komen untuk sakitkan hati tapi bagi saya itu merupakan satu pujian.
Tambah anak kepada penyanyi ND Lala, dia akui kemungkinan isu yang berlaku sebelum ini sedikit sebanyak membuatkan orang ramai tidak berpuas hati sehingga apa yang dilakukannya dijadikan isu.
Video saya dikecam mungkin sebab isu lama saya, saya faham mereka masih lagi terasa hati. Jadi benda yang tiada kaitan pun jadi isu. Saya tidak salahkan netizen, kalau saya jadi orang luar mungkin akan rasa benda sama walaupun itu bukan niat sebenar saya
Saya sebenarnya dah sampai tahap saya bernafas pun orang tak suka. Tapi mungkin mereka tidak mengenali saya, kalau kenal rapat, saya orangnya jenis mudah buat kawan.
Dalam pada itu, Syada menafikan dakwaan segelintir individu yang menuduhnya mahu mencari publisiti.
Kalau saya mahu berbuat demikian (mencari publisiti), saya akan cari pihak media. Saya tak rasa saya tagih perhatian, paling penting niat kita.
Terdahulu, Syada menerima kecaman hebat apabila mutu vokalnya menjadi bahan pertikaian ramai selepas menyanyikan lagu Arab berjudul Kalam Eineh.
Rata-rata netizen menasihati Syada supaya berhenti menyanyi dan akur bahawa bakatnya tidak setanding kakaknya.
Sumber: Melodi