berita

Bimbang Pedophile, Netizen Minta Leuniey Padam Video Bogel Anak Sedang Mandi

May 22nd, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

obulanpedo

Baru-baru ini kecoh kes mengenai pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat MARA yang dijatuhkan hukuman di England kerana menyimpan koleksi bahan lucah kanak-kanak. Malah beberapa kes serupa turut berlaku di Malaysia.

Mungkin dek kerana bimbang dengan perkara tersebut, pengikut Leuniey Natasha di Instagram menegur dan meminta Leuniey memadam video bogel anak perempuannya yang sedang mandi. Iyalah bahaya kan.

Video Mandi

Screen Shot 2015-05-22 at 11.18.04 AM

Mungkin isteri penjaga gol pasukan Kelantan ini hanya sekadar mahu berkongsi video keseronokan anaknya namun bimbang boleh mendatangkan risiko.

Netizen Beri Nasihat

Screen Shot 2015-05-22 at 11.18.16 AM

Rata-rata followers bersependapat bahawa video anak perempuan Leuniey yang sedang mandi itu wajar dibuang bagi mengelakkan perkara tak diingini berlaku.

Apa-apa pun terpulang pada Leuniey, netizen hanya sekadar menasihati.

P/S : Leuniey bagaimanapun baru sahaja memadam video terbabit sebentar tadi. #BahayaPhedophile

SKIP THIS AD ×