Solat sunat hari raya merupakan solat sunat yang dilakukan di pagi hari raya. Namun begitu, terdapat persoalan sama ada sah solat itu sekiranya hanya dilakukan di rumah dan berseorangan.
Artikel Berkaitan: Takbir, Solat Sunat & Rumah Terbuka Dibenarkan, Ini SOP Sambutan Hari Raya 2022
Artikel Berkaitan: Warga Asing Didakwa Langgar SOP, Solat Di Luar Surau Beramai-Ramai Bimbang Cetus Kluster Baharu
Artikel Berkaitan: Panduan Ringkas Solat Sunat Aidiladha, Boleh Dilakukan Di Rumah
Boleh atau tidak?
Menerusi jawapan daripada penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, dia memaklumkan bahawa solat sunat hari raya boleh dilakukan secara berseorangan di rumah.
Walau bagaimanapun, individu itu haruslah mempunyai sebab untuk mengapa dirinya memilih solat berseorangan.
Boleh. Tapi dengan syarat ada sebab yang kukuh. Contohnya, jika seseorang itu sakit ataupun terlambat sampai ke masjid dengan contoh alasan seperti kesesakan lalu lintas dan solat sunat hari raya telah selesai setelah tiba di masjid. Jika ini halnya, dibenarkan untuk solat di rumah berseorangan.
Jika berkelapangan untuk pergi, tiada masalah untuk hadir, lebih baik solat di masjid secara berjemaah.
Dalam pada itu, Ustaz Azhar Idrus berkata, solat sunat hari raya hukumnya sunat muakkad di mana solat ini sangat digalakkan.
Sumber: Youtube