Foto: Ayda Jebat
Umum mengetahui, pelakon terkenal Ayda Jebat kini sedang sarat mengandung cahaya mata sulungnya dan dijangka bersalin pada Oktober depan. Sebelum ini, berita gembira tersebut telah dikongsi kepada netizen menerusi platfom media sosial pasangan merpati dua sejoli ini.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Sah Hamil, Tak Boleh Bau Dapur & Hand Sanitizer
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dan Isteri Dah Maafkan Tapi Jangan Tulis…’ – Nabil Mahir Dedah Ayda Jebat Hampir Gugur
Artikel Berkaitan: Ditegur Netizen Makan Durian Masa Pregnant, Ini Respon Ayda Jebat
‘Sampai ke boxer dia saya sebat’
Foto: Ayda Jebat
Terbaru, pelakon Pinjamkan Hatiku menerusi satu hantaran di laman Instagram berkongsi idea Outfit Of The Day (OOTD) yang sering menjadi pilihannya semasa bekerja dari rumah (WFH).
WFH OOTD gais! Kalau saya shoot sekarang, atas elok, bawah pakai la apa pun. Kain sarung ka, seluar tidur ka. Kan ‘Work From Home’. Korang pun sama kan?
Ujarnya lagi, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang baju wanita mengandung dan hanya memakai pakaian suaminya Nabil Mahir. Pada masa yang sama, Ayda turut menjelaskan tidak menjadi keperluan untuk dirinya membeli pakaian baru berikutan hanya duduk di rumah sahaja.
Saya takda satu pun baju pregnant. Tak perlu la sebab tak pergi mana pun. Takyah membazir. Jadi semua baju Nabil, baju tidur sampai ke boxer dia saya sebat. Berangin! Haha! Normal kan buk? #AydaJebat #WFHOOTD #MakeItFashion #PoseMacamPhotoshoot #SeluarTidurNabilPunBoleh
Terdahulu, pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir selamat bergelar suami isteri pada 1 Januari yang lalu.
Posting asal
View this post on Instagram
Respon netizen
Sumber: Ayda Jebat