berita

BTS Jin Ahli Pertama Yang Akan Menjalani Khidmat Wajib Tentera Selama 2 Tahun

October 18th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Setelah sekian lama berdebat berkaitan isu latihan ketenteraan, akhirnya agensi kumpulan terkenal antarabangsa mengeluarkan kenyataan, BTS, bakal menjalani latihan wajib khidmat ketenteraan yang diumumkan dalam satu aplikasi, Weverse.

Artikel Berkaitan: Baru 4 Hari Cipta Akaun, V BTS Pecah Rekod ‘Engagement’ Paling Tinggi Dalam Sejarah Instagram 

Artikel Berkaitan: Penampilan Macam J-Hope, Awal Ashaari ‘BTS Melayu’ 

Artikel Berkaitan: ‘Memang Lagu Untuk Kids Kan?’ – Tiz Zaqyah Mohon Maaf Selepas Dikecam BTS Army 

Dimulakan dengan ahli paling tua, Jin

Selesai konsert percuma World Expo 2023 di Busan, BIGHIT Music mengumumkan bahawa BTS akan menjalani latihan khidmat ketenteraan yang akan bermula dengan ahli pertama iaitu, Jin. Menurut agensi BTS, Jin akan berkhidmat selama 2 tahun tanpa membuat sebarang aktiviti bersama ahli lain dalam tempoh itu.

Penangguhan pendaftaran pada akhir Oktober 2022 akan dibatalkan oleh Jin dan akan mengikuti prosedur berkaitan pentadbiran Tenaga Kerja Tentera. Jin akan menjadi ahli pertama yang menyertai latihan tentera setelah solonya dikeluarkan. Ini adalah masa yang terbaik untuk BTS berkhidmat.

Tambah BIGHIT Music, ahli yang lain juga akan menjalani latihan ketenteraan mengikut rancangan individu mereka sendiri. Susulan daripada itu, BIGHIT Music menyatakan bahawa mereka tidak sabar untuk bersatu semula bersama BTS selepas tamat perkhidmatan tentera yang dijangka sekitar 2025.

Army setia menunggu

Sumber: Soompi

SKIP THIS AD ×