berita

Buat Senaman ‘Sit Up’ Atas Tiang Elektrik, Habis Semua Rumah Putus Bekalan Elektrik!

February 24th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: NDTV.com

Seorang lelaki menyebabkan banyak tempat terputus bekalan elektrik di Chengdu, China selepas dia memanjat tiang elektrik dan membuat senaman ‘sit-up‘ demi meraih tumpuan ramai.

Artikel berkaitan: Hasrat Nak Terjun Jambatan Tak Jadi Lepas Dipujuk Bekas Isteri…

Senaman atas tiang elektrik

Foto: The Straits Times

Seorang lelaki memanjat tiang elektrik untuk melakukan senaman ‘sit-up’ di atasnya. Kejadian ini mengejutkan ramai orang dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada ribuan rumah.

Video lelaki itu membuat senaman atas tiang elektrik juga telah dikongsi dalam Weibo. Video lelaki itu juga mendapat sekurang-kurangnya 1.7 juta tontonan. Namun disebalik meraih perhatian, lelaki tersebut juga turut dikecam oleh pengguna Weibo kerana menjejaskan banyak pihak angkara ketiadaan bekalan elektrik.

Saya rasa bengang apabila bekalan elektrik terputus dan apabila saya dapat tahu punca ketiadaan elektrik, saya lagi berasa sakit hati

Black-out boleh membazirkan banyak wang dan berpotensi mengakibatkan kemalangan maut,

Itulah yang dinyatakan oleh pengguna Weibo yang meluahkan rasa tidak puas hati disebabkan insiden tersebut. Motif lelaki tersebut melakukan aksi tersebut masih belum dikenal pasti tetapi pihak media tempatan menegaskan kepada orang ramai supaya tidak meniru aksi berbahaya tersebut.

Menurut laporan, perkhidmatan kecemasan termasuk anggota perubatan turut bergegas ke tempat kejadian untuk bersiap sedia sekiranya lelaki itu mengalami kecederaan. Lelaki yang tidak didedahkan identiti itu melakukan aksi berbahaya tersebut sebelum dia ditahan polis.

Sumber: New Straits Times

SKIP THIS AD ×