Sempena hari raya yang mulia baru-baru ini, pelakon, Izreen Azminda diberi kesempatan untuk bertemu dengan bekas isteri kepada suaminya iaitu Intan Liana Saleh dalam sesi rakaman Melodi Raya. Susulan daripada rakaman program tersebut, Izreen telah membuat permohonan maaf kepada Intan.
Artikel berkaitan: ‘Tiada Paksaan Daripada Pihak Melodi’ – Penerbit Jawab Isu ‘Buli’ Intan Dalam Rakaman Melodi Raya
Artikel berkaitan: ‘Mana Mungkin Boleh Melupakan’ – Intan Liana
Artikel berkaitan: Selepas 4 Tahun Dihimpit Kontroversi, Izreen Azminda Syukur Dapat Jumpa Intan & Minta Maaf
Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, Intan memberitahu bahawa dia menerima pelawaan pihak Melodi Raya atas dasar profesionalisme dan sudah dimaklumkan mengenai segmen yang diwujudkan itu.
Saya cuma tahu Izreen ada
Cuma, saya tidak diberitahu ada temubual bersama Izreen pada hari rakaman. Saya diberitahu Izreen akan ada dalam rakaman program dan ditempatkan di sudut meja yang sama, tetapi bukan bersebelahan. Jika begitu pemahamannya, saya tiada masalah memberi sokongan kepada program Melodi Raya. Sebagai orang biasa yang bukan dalam dunia hiburan, saya anggap kehadirannya untuk memeriahkan acara dan memenuhi jemputan. Malah, sebelum menyatakan persetujuan, saya ada bertanya apakah akan ada sesi bermaafan dengannya.
Ini kerana seandainya ada sesi bermaafan, saya masih belum bersedia. Bagaimanapun, saya sekali lagi dimaklumkan tiada situasi sedemikian. Atas dasar profesionalisme dan tidak mengganggu proses rakaman, saya terima aturan temubual dalam keadaan tidak bersedia. Apa yang dipaparkan dalam program adalah temubual secara spontan bagi menjawab soalan diajukan.Barangkali, ia inisiatif Izreen yang cuba memanfaatkan pertemuan yang berlaku.
Menurut Intan, dia mengetahui bahawa Izreen akan terlibat sama dalam program Melodi Raya. Cuma, dia tidak menyangka keadaan yang diceritakan kepadanya itu berubah ketika hari rakaman. Jelas Intan, demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), dia diminta untuk ditemubual bersama Izreen dalam segmen berkenan.
Tidak bersedia
Saya percaya sesiapa berada dalam situasi saya akan faham bukan mudah melupakan sesuatu yang cukup menyakitkan hati. Dalam soal ini, saya sudah reda dengan ketentuan dan suratan takdir. Cuma, soal selebihnya, biarlah saya simpan sendiri. Buat masa ini, biarlah keadaan berjalan seperti biasa dan kami meneruskan kehidupan masing-masing. Itu lebih baik untuk saya dan Izreen.
Saya tahu niat Melodi Raya baik mahu menjernihkan keadaan. Cuma, situasi yang saya lalui bukan semudah melafazkannya. Bukan berdendam atau jauh sekali tidak ‘move on’. Cukuplah apa yang pernah dihadapi dahulu. Biarlah masa memulihkan segala-galanya. Tidak perlu mengaitkan atau mencalarkan nama sesiapa dengan merujuk isu ini pada masa mendatang.
Tambah Intan, soal permohonan maaf yang dilakukan oleh Izreen itu ternyata di luar jangkaannya. Baginya, soal peribadi juga tidak perlu disensasikan lagi kerana ia membabitkan hati dan perasaan. Di samping itu, Intan memberitahu bahawa dia bukan selebriti untuk dijadikan topik bualan. Walau bagaimanapun, Intan berterima kasih kepada program Melodi Raya kerana terfikir mahu mengundangnya.
Sumber: Berita Harian