berita

‘Bukan Duit Bapak Kau’ – Guru Kena ‘Warning’ Sebab Conteng Buku Iqra Pelajar

February 24th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Tidak dinafikan, tugas untuk mendidik zaman sekarang bukanlah perkara mudah. Lebih-lebih lagi zaman serba canggih, pelajar makin pintar. Namun, sebagai ibu-bapa kita haruslah memberi sepenuh kepercayaan terhadap cikgu cikgu di sekolah agar memudahkan mereka memberi ilmu.

Seperti foto yang viral di media sosial semalam dimana seorang bapa memarahi guru ini kerana menconteng iqra anaknya. Dia turut mengeluarkan kata-kata kesat itu menerusi satu sticky note yang dilekatkan di atas Iqra tersebut. Ishh geram betul!

Ustaz/Ustazah pasti terluka

Ikuti luahan cikgu ini..

“Dah macam mana anak-anak nak hormat guru kalau mak ayah sendiri pun tak tunjukkan contoh baik?

Ilmu ini berkait rapat dengan keberkatan. Dan keberkatan itu terletak pada redhanya guru pada anak-anak didik mereka. Aku tak tahu kejadian ni berlaku kat mana. Yang pasti, ustaz atau ustazah murid ini pasti terluka dengan nota sinis dan pedas ini.

Ustaz/ustazah tu ‘conteng’ iqra’ muridnya untuk memberi tunjuk ajar. Macam aku tanda buku dan tunjuk ajar pada murid juga. Banyak kesilapan murid aku bulatkan, atau gariskan, atau buat tanda soal, atau potong yang salah.”

Nak mengajar memang gaya gitu

(sekadar gambar hiasan)

“Nak tunjukkan murid tu kat mana kesalahan dia dan macamana pula cara yang betul. Bukannya pergi conteng lukis muka Bahenol pun. Nak mengajar memang gitu gayanya.

Nak buku bersih dan baru senang je. Beli buku dan ‘frame’kan. Gantung kat dinding rumah. InsyaAllah 10 tahun lagi pun elok je buku tu. Kalau aku yang dapat nota macam ni, aku akan stapler duit RM20 kat buku anak dia beserta satu nota.”

Respon cikgu tersebut..

(sekadar gambar hiasan)

“Nah RM20 sebagai ganti buku anak tuan yang saya conteng. Beli lah buku baru. Duit lebih tu tuan beli kismis banyak-banyak dan makan. Bagi cerdik sikit.

Dah jadi cerdik, ajar sendiri anak tuan. Saya enggan mengajar anak tuan. Murid bodoh saya boleh tahan dan sabar mengajar. Tapi jika mak ayah yang biadab begini, silakan ajar sendiri anak tuan.”

Sumber : Mohd Fadli Salleh

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×