Pelakon meningkat naik, Qasrina Karim tidak kisah jika terus digelar pelanduk dua serupa dengan pelakon popular, Mira Filzah namun dia menegaskan bahawa mereka memiliki personaliti yang berbeza.
Artikel Berkaitan: Qasrina Karim Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Mierul Aiman -‘Dia Friendly & Baik, Tapi…’
Artikel Berkaitan: [FOTO] Gadis ‘Kacukan’ Tokti & Mira Filzah Tarik Perhatian Netizen
Sama tapi tak serupa
Ketika ditemui OhBulan! Qasrina berkata dia memandang perkara tersebut dari sudut positif selain menganggapnya sebagai satu keistimewaan.
Nak samakan tak ada masalah, sebab kami serupa tapi tak sama. Saya rasa, kami punya persamaan bukanlah satu perkara yang buruk malah ianya adalah satu benda yang positif.
Kalau nak mainkan watak adik beradik selepas ini lagi senang, lagi best. Kami berdua kawan baik jadi semuanya baik-baik sahaja.
Walau bagaimanapun, aktres berusia 27 tahun ini berharap agar orang ramai lebih menumpukan kepada karya lakonannya dan tidak hanya memfokuskan kepada rupa paras semata-mata.
Saya rasa semua orang walaupun mempunyai rupa yang sama, setiap orang itu berbeza dan personaliti mereka lain. Cara membawa watak juga lain.
Jadi saya harap perkara inilah yang akan orang nampak, contohnya macam personaliti saya..cara saya membawakan sesuatu watak. Itu semua orang boleh nampak.
Saya bukan nak meniru gaya sesiapa, saya rasa Mira dan saya adalah berbeza. Ramai yang cakap begitu apabila sudah mengenali kami, kami sebernarnya lain walaupun nampak serupa.
Qasrina berkata demikian ketika di sidang media drama bersiri My Famous Ex-Boyfriend yang berlangsung di Hotel Ideas, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Semasa disoal tentang dakwaan yang mengatakan wajah seiras seperti Mira adalah sebab dia masih bertahan di dalam industri, Qasrina kemudian menjelaskan bahawa dia hanya menyerahkan segalanya kepada rezeki.
Saya percaya kepada rezeki jadi sekarang ini saya tak nak ‘overthink’ tentang saya punya masa depan. Saya buat yang terbaik untuk terus kekal tetapi kita pun tahu industri ini macam mana kan?
Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah tetapi saya akan buat yang terbaik.
Untuk info, drama yang dibintangi Qasrina tersebut adalah berkisar tentang percintaan yang turut menampilkan Hael Husaini serta Nadhir Nasar sebagai watak utama.