berita

Bukan Semua ‘Used Item’ Jatuh Nilai, Dr. Erin Akui Terima Mas Kahwin RM10k Walaupun Bergelar Janda

February 23rd, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Dr.Erin yang merupakan bekas isteri kepada Dai’Farhan mengaku pernah terima RM10,000 nilai mas kahwin walaupun sudah bergelar janda.

Artikel berkaitan: Dr Erin Nafi Gila Talak, Tunjuk Bukti Masih Beri ‘Nafkah’ Kepada Bekas Suami

Artikel berkaitan: ‘Farhan Tak Pernah Curang’ – Dr Erin Terkilan Bekas Suami Tersenarai Dalam Video Lelaki Curang Netizen

Menjawab pertanyaan mengenai mas kahwin

Foto: drholisw

Noorainul Naqim Mohd Radzi atau dikenali sebagai Dr.Erin berkongsi satu soalan yang diterima di instagram beliau mengenai isu mas kahwin untuk wanita yang berstatus janda. Dr.Erin menyatakan bahawa isu mas kahwin ini sebenarnya mengikut kemampuan suami.

Mas kahwin 100k pun tidak mengapa janji abang mampu

Menurut beliau, mas kahwin adalah mengikut kemampuan suami dan beliau turut berkata bahawa jangan takut untuk bagi duit dekat isteri kerana bila si suami susah nanti boleh la dibantu oleh isteri. Beliau juga turut menyatakan bahawa beliau yang janda anak 5 pun masih dapat mas kahwin sebanyak 10k.

Tidak semua ‘used item’ jatuh nilai

Dr.Erin turut menegaskan bahawa tidak semua ‘used item’ jatuh nilai. Beliau bermaksud bahawa tidak semua wanita yang bergelar janda itu kurang nilai kewanitaannya.

Kalau orang minta kerja majikan selalu nak fresh graduate ke yang graduate plus experience? Gaji siapa lagi tinggi antara fresh dengan experience?

1 lagi lelaki yang sibuk nak anak dara, nak tanya cik abang tu masih teruna lagi ke?

Beliau juga turut memberi garis panduan untuk mencari pasangan mengikut cara Islam iaitu memilih mengikut kecantikannya, hartanya, keturunannya dan agamanya. Namun pilihnya agama kerana ianya merangkumi semua diatas.

Sumber: Instagram Dr.Erin

SKIP THIS AD ×