berita

Bukit Aman ‘Panggil’ Azwan Ali

January 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara didakwa memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong menerusi sebuah klip video, pelakon dan pengacara, Azwan Ali telah dipanggil oleh Bukit Aman bagi tujuan membantu siasatan.

Artikel berkaitan: ‘Kalau Rasa Ada ‘Point’ Betul, Pertahankan Je’ – Azwan Ali

Artikel berkaitan: ‘I Tak Mengaku Pun, Itu Antara I Dengan Allah – Respon Sebak Azwan Ali Bila Bercakap Soal Keluarga

Artikel berkaitan: Sebak Kenangkan ‘Persahabatan’ Dengan Ziana Zain, Air Mata Azwan Ali Mengalir Semasa Live Lagu Cinta Kita 2

Menerusi laporan Astro Awani, pihak Bukit Aman telah mengesahkan bahawa mereka telah memanggil Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, semalam.

Sedang jalankan siasatan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, siasatan terhadap Diva AA sedang dijalankan selepas pihaknya menerima laporan bahawa selebriti tersebut memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong.

PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan terhadap klip video Azwan Ali kerana didapati telah memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong. Rakaman video berdurasi 41 saat tersebut telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Zai Mikail pada 12 Januari 2021. Siasatan akan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik dan menularkan klip video tersebut.

Tambah Huzir, siasatan tersebut akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×