Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari dikhabarkan bakal bernikah dengan pilihan hatinya selepas hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal.
Artikel Berkaitan: ‘Ashraf Akan Sentiasa Di Hati’ – BCL Tak ‘Desperate’ Cari Suami Baru
Artikel Berkaitan: Sudah Bertemu Pengganti, BCL Pilih Duda Anak Tiga?
Majlis di Bali?
Memetik laporan Suara.com, Bunga atau lebih mesra disapa BCL akan menikah dengan kekasihnya, Tiko Wardhana pada 2 Disember ini. Difahamkan, majlis pernikahan mereka akan diadakan di sebuah hotel yang terletak di Bali, Indonesia.
Apa yang lebih menguatkan spekulasi itu, berita pernikahan mereka turut disahkan seorang kakitangan Kantor Urusan Agama (KUA) Pasar Minggu, Jakarta Selatan dikenali sebagai Emma Fatmayani yang mendedahkan lokasi majlis perkahwinan.
BCL nikah di KUA Mengwi, Bali. Kedua-dua pihak sudah menghantar borang dan salinan dokumen yang diperlukan termasuk sijil kematian suami BCL iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair.
Pihak Tiko juga sudah menyerahkan salinan dokumen pengesahan perceraiannya sebelum ini. Berdasarkan dokumen yang dihantar, Tiko adalah seorang duda yang bercerai hidup sebelum ini.
Sebelum ini, desas desus percintaan pasangan itu mula menjadi bualan selepas mula menghadiri majlis keluarga bersama sejak tahun 2022 termasuk sambutan Aidilfitri tahun ini dan sambutan ulang tahun BCL ke-40 pada Mac lalu.
Selain itu, Tiko juga kerap menemani BCL ke pelbagai acara lain sekali gus membuatkan wartawan dan peminat terus berteka-teki.
Terdahulu, arwah Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung. Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat, Indonesia.
BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurnikan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.