Sekadar Gambar Hiasan
Umumnya, mengetahui suntikan vaksin Covid-19 sudah mula diagihkan kepada mereka yang tergolong dalam fasa satu yang melibatkan petugas barisan hadapan (frontliners). Manakala, fasa kedua dan fasa ketiga akan diberikan secara berperingkat menerusi jadual yang telah ditetapkan.
Bagaimanapun, penerima vaksin perlu mendaftarkan diri mereka menerusi aplikasi MySejahtera bermula 23 Februari yang lalu.
Artikel Berkaitan: Akan Diagihkan Secara Berperingkat, Ini Golongan Yang Layak Terima Vaksin Seawal Mac
Artikel Berkaitan: Covid-19 Diramal Berlarutan Selama 7 Tahun Sehingga 2028
Artikel Berkaitan: Cara Daftar Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera
Namun, timbul kegusaran dalam kalangan golongan emas terutamanya, yang tidak mempunyai akses terhadap aplikasi MySejahtera bagi melayakkan diri mereka bagi menerima vaksin.
Walau bagaimanapun, mereka yang tidak mempunyai aplikasi tersebut masih mempunyai akses untuk mendapatkan vaksin dengan hanya perlu mendaftarkan diri menerusi portal vaksin Covid-19 yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
Hanya isi maklumat diri
Foto: Tangkap layar portal pendaftaran vaksin Covid-19
Menerusi laman web tersebut, pengguna hanya perlu mengisi maklumat diri seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, e-mel, dan beberapa soalan perakuan tentang sejarah kesihatan lampau.
Portal tersebut boleh diakses oleh orang awam menerusi laman web vaksin Covid-19. Bukan itu sahaja, bagi anda yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan boleh terus mengajukan masalah anda menerusi platfom yang tertera.
Terdahulu, YB Khairy Jamaluddin, telah dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, bagi menyelaras program pemberian vaksin ini kepada orang ramai.
Terdapat tiga fasa yang melibatkan tiga kategori yang berbeza, bermula dengan petugas barisan hadapan, diikuti golongan yang berisiko tinggi, dan akhir sekali individu yang berusia 18 tahun ke atas.
Sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19 #KitaJagaKita #PatuhSOP #HapusCovid19.
Sumber: Vaksin Covid-19