Anak kepada pelakon Ummi Nazeera terpaksa menjalani pembedahan akibat daripada tulang siku yang patah. Ummi luah rasa syukur dengan kehadiran suaminya yang kekal tenang.
Artikel Berkaitan: Suami Jelaskan Ummi Nazeera Tidak Sertai Politik, Ia Adalah Badan Amal – ‘Saya Orang Pertama Akan Halang Dia’
Artikel Berkaitan: Ummi Nazeera Nasihat Pelakon Baharu Elak Terjebak Cinta Lokasi
Artikel Berkaitan: ‘Perjalanan Saya Selama 16 Tahun Sebagai Pelakon Bukan Mudah’ – Ummi Nazeera
‘Terima kasih kerana sangat tenang’
Menerusi hantaran di laman Instagram, Ummi, 32, memaklumkan proses pembedahan anaknya, Ayra Aneesah berjalan lancar. Namun begitu, masih perlu berhati-hati selama empat ke enam minggu untuk memastikan keadaan siku Ayra pulih sepenuhnya.
Ummi atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin turut menitip pesan buat kesemua para suami di luar sana agar sentiasa berada di sisi isteri ketika berada dalam keadaan cemas sebegini.
Suami kepada Ummi yang juga seorang doktor, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani dikatakan amat tenang ketika anak mereka menjalani pembedahan. Hal itu sekali gus memberi ketenangan kepada Ummi.
Pembedahan Ayra Aneesah berjalan lancar. Saya tak tahu apa yang saya akan buat tanpa awak (rujuk pada suami). Terima kasih kerana jadi sangat tenang. Itu menenangkan saya.
Bila anak sakit, sangat penting ada suami atau ayah di sisi. Kadang-kadang ibu emosi, sedih sangat tengok anak sakit. Semoga Izzar dan semua ayah di luar sana terus menjadi ayah yang baik dan hadir dalam hidup anak-anak kita. Kita doakan ya.
Susulan daripada itu, perangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023) memohon doa dari orang ramai untuk kesembuhan segera buat anaknya.
Sumber: Instagram @umminazeera