Bertugas sebagai penghantar makanan mungkin dipandang rendah oleh sesetengah individu. Namun, mereka inilah yang sanggup meredah hujan dan panas demi memastikan pesanan pelanggan sampai di depan pintu. Bagaimanapun, terdapat kes-kes di mana pelanggan mengambil kesempatan terhadap mereka yang mencari rezeki ini.
Artikel Berkaitan: Pelanggan ‘Annoying’ Mesej Berulang Kali, Rider Ini Pecut Motor 160km/j Sampai Nak ‘Terbalik’ Meter!
Artikel Berkaitan: Dah Beli Makanan Sampai Ratusan Ringgit, Sekali Pelanggan Cancel Order
Artikel Berkaitan: Tahu-Tahu Sampai Kubur Cina! Orang Yang Pesan Makanan Tak Ada Pun..
Terbaru, seorang lagi penghantar makanan dikenali sebagai Muhaimee, menerusi kumpulan FoodPanda Rider Malaysia di laman Facebook, menceritakan pengalamannya berdepan dengan pelanggan yang biadap. Siap guna bahasa kesat lagi!
Pelanggan biadap
Foto: Muhaimee
Menerusi tangkap layar perbualan tersebut, seorang pelanggan bertindak mengugut untuk membunuh penghantar makanan ini, jika makanan yang dipesan olehnya tidak sampai pada waktu yang sepatutnya. Apa yang lebih menyakitkan hati, apabila pelanggan ini menggesa supaya dia menghantar makanan tersebut dengan lebih cepat. Memang tak sabar betul ni!
Ada Juga customer macam ni. Ingat kerja rider ni hina sangat ke? Kan dah mengigil, budak ohh budak. Salah oranglah kalau nak main. Harap tak dapat lagi pelanggan macam ini.
Tidak berakhir di situ, perkataan kesat yang tidak bersesuaian turut dilemparkan kepada penghantar makanan ini. Namun, dia masih mampu mengawal dirinya daripada membalas perkataan yang sama.
Foto: Muhaimee
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menggesa supaya lelaki ini mengambil tindakan dan membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung isu yang terjadi.
Pada masa yang sama, netizen turut menyifatkan tindakan pelanggan itu adalah tidak beradab dan bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran yang dipraktikkan dalam masyarakat Malaysia.
Sumber: Muhaimee via FoodPanda Rider Malaysia