berita

Clubhouse Kini Aplikasi Paling Popular Di App Store Malaysia

February 22nd, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: ABC11

Jika anda merupakan seorang yang mengikuti perkembangan di sosial media, anda pasti tahu tentang kewujudan aplikasi Clubhouse yang semakin terkenal di Malaysia.

Artikel berkaitan: Diminta ‘Kongsi’ Hasil Keuntungan, Facebook Sekat Pengguna Australia Baca & Kongsi Berita

Artikel berkaitan: Lelaki Fobia Nak Guna Aplikasi Cari Jodoh Lepas Bapa Dedah Pernah Jual Sperma 500 Kali!

Pengenalan kepada aplikasi Clubhouse

Foto: Neil Patel

Clubhouse adalah aplikasi yang telah wujud sejak Mac 2020. Clubhouse telah dilancarkan oleh pengusaha Silicon Valley, Paul Davidson dan Rohan Seth. Pada Mei 2020, ia hanya mempunyai 1,500 pengguna, dan bernilai $ 100 juta. Tetapi kini Clubhouse menjadi aplikasi paling popular di App Store Malaysia.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Sensor Tower, aplikasi tersebut berada di tangga pertama mendahului aplikasi lain, termasuk MySejahtera, TikTok, Whatsapp, Telegram dan lain-lain. Apa yang membuatkan aplikasi Clubhouse ini lebih ekslusif adalah disebabkan aplikasi ini hanya terdapat di platform IOS sahaja atau dalam kata lain, pengguna Android masih belum dibenarkan untuk menggunakan aplikasi ini.

Perbincangan topik menarik

Foto: Wall Street Journal

Clubhouse merupakan aplikasi berasaskan audio di mana orang ramai mampu berhubung bersama pengguna lain seluruh dunia untuk mengembangkan idea berdasarkan topik atau room yang disertai. Selain itu, Clubhouse juga digunakan sebagai medium untuk pengguna mendengar perbualan, wawancara dan perbincangan antara orang-orang yang menarik mengenai pelbagai topik. Aplikasi Clubhouse ini hampir sama seperti menonton podcast tetapi secara langsung dan dengan lapisan eksklusif tambahan.

Selain itu, aplikasi Clubhouse ini hanya boleh digunakan melalui jemputan. Aplikasi ini tidak boleh dimuat turun dan terus daftar akaun tetapi anda perlu dijemput untuk berhubung dengan pengguna lain. Sekiranya anda telah dijemput, anda akan mendapat pautan yang akan dihantar terus ke nombor telefon anda dan akan mengarahkan anda ke halaman pendaftaran di aplikasi tersebut.

Ruang perbualan bagi aplikasi Clubhouse ini sama seperti ‘conference call’ dimana ada pengguna yang bercakap dan ada juga yag hanya mendengar. Aplikasi Clubhouse berfungsi seperti panggilan telefon dimana apabila selesai sahaja satu perbualan atau perbincangan, ‘room’ tersebut akan ditutup. Pendengar boleh sertai Room yang tersedia sesuai dengan minat masing-masing. Walau bagaimanapun, aplikasi ini tidak menghalang pengguna untuk merakam perbualan atau perbincangan yang berlangsung.

Sumber: Amanz.my, The Guardian

SKIP THIS AD ×