MANILA: Presiden Rodrigo Duterte mengenakan perintah larangan keluar rumah terhadap kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun untuk mengawal penularan wabak COVID-19.
Artikel berkaitan: Ingatkan Aplikasi Rosak, Kanak-Kanak Terkejut 42 Rider Datang Hantar Makanan Serentak!
Artikel berkaitan: KKM Sahkan Seorang Pengembara Dari UK Bawa Mutasi Baru Covid-19 Dari UK
Perintah duduk di rumah
Foto: South China Morning Post
Perintah duduk di rumah telah dilaksanakan di seluruh negara sejak tularnya wabak covid-19. Ekoran itu pemerintah negera tersebut melarang kanak-kanak yang berumur 10 hingga 14 tahun keluar bagi mengawal penularan covid-19. Namun, ada segelintir ibu-bapa yang tidak setuju dan enggan mematuhi peraturan itu.
Tolong duduk di rumah. Mereka pun suka menonoton televisyen. Mereka boleh memberi tumpuan sepenuhnya dengan menonton televisyen seharian.
Itulah yang dikatakan oleh Duterte mengenai hal ini. Tetapi malangnya, masih ada yang berdegil dan membiarkan anak-anak mereka bermain di taman.
Duterte membatalkan keputusan jawatankuasa coronavirus kerajaan
Foto: Time Magazine
Jumaat lalu, jawatankuasa coronavirus kerajaan telah mengumumkan kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun dibenarkan keluar rumah bermula Februari ini. Bagaimanapun, Duterte membatalkan keputusan itu dan menegaskan beliau tidak mahu membiarkan golongan muda menanggung risiko dijangkiti varian baharu virus terbabit yang lebih berbahaya. Varian baharu virus itu setakat ini sudah menjangkiti 17 individu, termasuk tiga kanak-kanak.
Saya amat bimbang kerana varian baharu virus ini boleh menjangkiti kanak-kanak
Sumber: Berita Harian