berita

KKM Sahkan Seorang Pengembara Dari UK Bawa Mutasi Baru Covid-19 Dari UK

January 12th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Jumlah kes penularan Covid-19 di Malaysia semakin hari semakin meningkat sehingga kerajaan terpaksa mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dikuatkuasakan bermula 13 Januari 2021 di enam buah negeri.

Artikel berkaitan: ‘PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021 ‘ – Perdana Menteri

Artikel berkaitan: Singapura Catat Satu Kes Mutasi Strain Virus UKB117

Artikel berkaitan: Mutasi Baru Covid-19 Cepat Merebak & Lebih Berbahaya, Banyak Negara Batal Penerbangan Dari UK

Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga dikejutkan dengan satu lagi berita yang membimbangkan, apabila Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan menerusi kenyataan beliau di laman Facebook rasminya, tentang satu kes Covid-19 varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia.

Punyai sejarah perjalanan ke UK

Foto: Time Magazine

Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, kes tersebut telah dilaporkan dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada bulan Disember 2020 lalu. Pengembara tersebut juga didapati positif pada 28 Disember 2020 dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut.

Tambah beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara-negara yang mempunyai kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.

Sebanyak 968 sampel telah diuji sejak Oktober 2020 dan telah melakukan “genome sequencing” bagi mengesan jenis mutasi UK B.1.1.7 ini kepada 24 sampel.

Walaubagaimanapun, tiada penularan mutasi itu dapat dikesan sehingga 11 Januari 2021.

Orang ramai dinasihati ikuti SOP

Foto: Asia Tatler

Memetik dari kenyataan tersebut, KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) can CPRC Kebangsaan juga akan sentiasa memantau penularan dan perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak menyebabkan gejala yang teruk, namun, ia boleh menular dengan mudah dan cepat.

Dr Noor Hisham Abdullah juga menasihati agar orang ramai sentiasa mengamalkan kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal pada setiap masa.

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah.

SKIP THIS AD ×