berita

Dah Lama Tak ‘Dilayan’ Isteri, Bapa Jadikan Anak Kandung Pemuas Nafsu & Perkosa Sebanyak 10 Kali

February 25th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Bapa durjana! Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan tindakan kejam seorang bapa yang tergamak memperkosa anak kandungnya gara-gara tidak mendapat layanan daripada si isteri.

Artikel Berkaitan: Ibu Terkejut Tengok Anak Tidur Separuh Bogel Di Ruang Tamu, Bila Ditanya..Terbongkar Cerita Sebenar!

Artikel Berkaitan: Ada Rekod Kes Sumbang Mahram, Bapa Ditahan Dakwaan Rogol Anak Sendiri

Artikel Berkaitan: Mengaku Rogol Anak 105 Kali Sejak 2018, Bapa ‘Setan’ Dihukum 24 Sebatan & 1050 Tahun Penjara

Lebih mengejutkan apabila mengetahui suspek telah melakukan perbuatan keji itu sebanyak 10 kali. Kejam!

Tak dapat layanan isteri

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun News, kejadian tersebut dikatakan berpunca kerana suspek yang berasal dari Indonesia ini berang selepas beberapa kali ajakan untuk melakukan hubungan intim ditolak oleh isterinya. Menurut sumber, wanita berkenaan mula bersikap dingin dan tidak mahu melakukan hubungan seks selepas suaminya itu tidak memberikan wang belanja kepadanya.

Gara-gara tidak dapat menahan nafsu serakahnya, suspek yang dikenali dengan nama Toni Napitulu bertindak menjadikan anak kandungnya yang baru berusia 9 tahun sebagai ‘hamba seks’. Namun perbuatan itu akhirnya diketahui oleh si isteri sebelum laporan polis dibuat. Wanita itu melihat suspek melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut di belakang rumah mereka.

Dah 10 kali perkosa

Sekadar gambar hiasan

Selepas dua bulan diburu polis, suspek berjaya diberkas. Semasa soal siasat, suspek mengaku telah mencabul dan memperkosa anak kandungnya sebanyak 10 kali. Dia juga memaklumkan nekad bertindak sedemikian selepas tidak mendapat layanan isterinya. Menurut suspek, dia tidak pernah melakukan perbuatan tersebut terhadap sesiapa kecuali anak kandungnya sahaja.

Tidak pernah lakukan dengan orang lain. Maaf.

Difahamkan, perbuatan keji itu dilakukan oleh suspek sejak dari tahun 2018 hingga kali terakhir adalah pada 21 Disember 2020 yang lalu.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×