berita

Dakwa Foto Diguna Tanpa Kebenaran, Gadis Buat Laporan Terhadap Sugarbook

February 18th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, nama aplikasi Sugarbook semakin menjadi bualan orang ramai. Walau bagaimanapun, aplikasi ini sudah disekat di Malaysia selepas pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan atas laporan orang ramai.

Artikel Berkaitan : Konon Dedah Malaysia Ramai ‘Sugar Daddy’, Akses Sugarbook Akhirnya Disekat SKMM

Artikel Berkaitan :Pelajar Mengaku Terlibat Aktiviti Pelacuran, Penjaga Tak Pernah Tahu’ – Ustazah Asma’

Artikel Berkaitan : ‘Sekali Pegang Bahagian Alat Sulit Boleh Dapat RM500..’ – Artis Dedah Ada Kawan Jadi ‘Sugar Baby’

Terbaru, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan turut mendedahkan aplikasi tersebut didakwa mencuri foto seorang gadis Muslimah. Perkara ini boleh menjatuhkan imej dan mencalarkan maruah gadis tersebut.

Salah guna gambar

Kasihan sungguh adik muslimah ini, gambar adik balqis digunakan tanpa izin untuk menawarkan khidmat seks di website sugarbook. Adik balqis, sekarang merasa sedih dan depresi apabila masyarakat mencemuh dan menghina beliau kerana salah sangka bahawa dia menjadi sugar baby.

Bayangkan kalau adik muslimah ini anak tuan-puan. Dimalukan, diaibkan dan dihina satu Malaysia seolah-olah perempuan jalang.

Perkara ini sudah dilaporkan ke balai polis selepas PU Rahmat mengajak ayah dan adik Balqis mengambil tindakan undang-undang ke atas pengasas aplikasi tersebut. Dia juga meminta agar orang ramai dapat membersihkan nama adik ini dengan ‘Sign Petition’ agar perkara ini dapat dibawa kepada pihak berwajib.

Dalam pada itu, PU Rahmat turut menggesa agar Sugarbook memohon maaf secara terbuka kerana telah mencalar maruah seorang wanita dan seorang muslimah. Tambahan, orang ramai diminta memberi komen positif agar mengembalikan semula semangat dan emosi adik Balqis selepas difitnah.

Pernah menjadi mangsa

 

Di ruangan komen, rata-rata turut berkongsi pengalaman diri dan rakan pernah menjadi mangsa fitnah menggunakan gambar mereka. Malah, terdapat beratus-ratus gambar gadis cantik yang kononnya menawarkan diri menjadi ‘Sugarbaby’.

Walau bagaimapaun, terbaru pengasas aplikasi Sugarbook ditahan di pekarangan sebuah kondominium di Kuala Lumpur petang semalam. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, suspek berusia 34 tahun itu ditangkap pukul 4.30 petang oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Sumber : PU Rahmat Ikhsan

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×