berita

‘Daringnya, Laki Tak Marah Ke Kak?’ – Netizen ‘Tegur’ Puteri Sarah

February 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sudah sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, Puteri Sarah Liyana dilihat kembali aktif dalam bidang lakonan. Difahamkan, dia mula menyepi daripada dunia seni apabila berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Penglibatan aktif semula Sarah ternyata mendapat sambutan baik daripada peminatnya.

Artikel berkaitan: ‘Curang Adalah Pilihan, Bukan Kesalahan’

Artikel berkaitan: ‘Saya Doakan Yang Terbaik Buat Syamsul, Puteri Sarah’ – Yusof Haslam

Artikel berkaitan: ‘Memang Banyak Syaitan’ – Respon Puteri Sarah Bila Peminat Mohon Pertahankan Rumah Tangga

Terbaru, Puteri Sarah menerima kecaman daripada netizen sebaik sahaja dia memuat naik sekeping foto bersama pelakon lelaki, Nazrief Nazri. Foto tersebut mengundang rasa tidak senang netizen berikutan statusnya sebagai seorang isteri dan bertudung.

Seronok buat comeback

Lagi dua episod ja nak habis dah #melastikkehatimu. Boleh dikatakan Sarah seronok bila buat comeback. Sarah berlakon drama komedi. Tapi korang jangan sedih. My next apperance will be in another romantic comedy telemovie bersama Nazrief Nazri in Jangan Curi Hati Saya directed by Fairuz Loy. Coming soon to you guys.

Menerusi posting yang dimuat naik, Sarah memberitahu bahawa dia berasa sangat seronok untuk membuat penampilan semula dalam bidang lakonan. Tambahnya, dia bakal muncul dalam sebuah telmovie romantik komedi bersama Nazrief Nazri tidak lama lagi.

Laki tak marah ka?

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat Sarah meninggalkan komen berbentuk teguran. Menurut mereka, foto yang dimuat naik itu didakwa tidak sesuai memandangkan Sarah sudah berkahwin dan berhijab. Namun begitu, Sarah turut menjawab komen seorang individu di mana suaminya tidak marah berhubung foto tersebut.

Sumber: Puteri Sarah Liyana

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×