Sejak beberapa hari ini, nama pelakon cantik jelita iaitu Nur Risteena dan suami, Isa Khan telah terpalit dalam satu kontroversi yang mendakwa mereka pergi ke Sabah untuk berbulan madu.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Di Sabah Ada Urusan kerja’ – Risteena Nafi Rentas Negeri Pergi Honeymoon
Artikel Berkaitan: Dituduh Rentas Negeru Pergi Honeymoon, Risteena ‘Block’ Pengikut IG
Tetapi pasangan ini menafikan perkara tersebut dan memaklumkan mereka ke sana adalah kerana urusan kerja.
Respon Risteena
Foto: Instagram Risteena
Sebelum ini, Risteena ada memuat naik satu posting di Instagram dengan mendakwa salah satu portal hiburan tempatan telah mengeluarkan satu artikel berkaitan isu ini sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen. Hal ini secara tidak langsung membuatkan dia dan suami mendapat pelbagai kritikan dan kecaman.
Isa Khan terkilan
Foto: Instagram Isa Khan
Terbaru, Isa Khan menerusi akaun Instagram telah meluahkan rasa terkilan dengan sikap penulis portal hiburan tempatan terbabit yang dikatakan telah menulis artikel berbaur fitnah terhadap dirinya dan isteri. Isa Khan mendakwa individu tersebut telah mengeluarkan artikel tanpa bertanya kepada tuan badan terlebih dahulu.
Difahamkan, individu itu telah menghantar pesanan WhatsApp kepada Isa dan meminta izin untuk ditemu bual tetapi Isa tidak sempat membalas dan memberi apa-apa respon.
Lepastu belum sempat aku bagi statement apa, kau tulis artikel ikut sedap kepala kau dah kenapa? Sapa ajar bro?
Bukan itu sahaja, Isa juga mengakui sudah meminta penulis itu untuk memadam artikel tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan menimbulkan salah faham tetapi permintaannya itu langsung tidak diendahkan. Dalam kesempatan itu, Isa sekali lagi menegaskan tujuannya ke Sabah adalah atas urusan kerja bahkan segala dokumen berkaitan pekerjaan juga telah diserahkan kepada pihak polis.
Posting IG Isa Khan
Sumber: Isa Khan