berita

Datuk Vida Mahu Duduk Di Bangku Simpanan Pemain Pula..Eh Jadi Jurulatih Ke?

January 19th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

vdia

Semalam penaja utama pasukan bola sepak Kelantan, Datuk Seri Vida meluahkan rasa kurang senang dengan keputusan KAFA yang mengekalkan warna merah sebagai jersi utama pasukan tersebut.

Artikel Berkaitan : “Saya Mahu Jersi Berasaskan Pink” – Datuk Vida Bengang Dengan KAFA

Terbaru, Datuk Seri Vida tampil dengan permintaan baru iaitu mahu duduk di kerusi simpanan pemain setiap perlawanan. Maknanya beliau akan duduk bersama jurulatih?

Mahu jawatan pengurus eksekutif

vidaa

Bercakap kepada BH Online, Datuk Seri Vida meminta dirinya dilantik sebagai pengurus eksekutif untuk skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), bermula musim ini.

Jawatan tersebut merupakan jawatan baru yang membolehkan beliau duduk bersama pemain.

Apabila saya dilantik sebagai pengurus eksekutif, saya boleh berada di kerusi pemain simpanan bersama Ketua Jurulatih, K Devan sepanjang perlawanan Liga M diadakan musim ini.

Saya tidak mahu berada di kerusi jemputan khas kerana agak jauh berbanding dengan kerusi di sebelah padang. Jawatan itu belum ada sebelum ini dan akan diwujudkan.

Tak campur urusan pemain

quu

Datuk Seri Vida sebaliknyaa menolak dakwaan dirinya akan mencampuri urusan pemain sekadar mahu berhadapan dengan mereka sahaja.

Ia tidak bermaksud saya mahu mencampuri pengurusan pemain, sebaliknya saya hanya mahu di hadapan bersama pemain setiap kali ada perlawanan

Beberapa hari yang lalu pelakon terkenal Afdlin Shauki mengeluarkan satu kenyataan kurang bersetuju dengan penajaan yang didakwa mengubah budaya pasukan bola sepak tersebut.

Sumber  : BH Online

SKIP THIS AD ×