berita

Demi Hak Penjagaan Anak, Seorang Lelaki Buat Keputusan Tukar Jantina Jadi Wanita

January 6th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sistem perundangan dari segi hak penjagaan anak-anak semestinya berlainan mengikut undang-undang sesebuah negara. Namun, hal itu tidak menjadi penghalang kepada seorang lelaki yang kehilangan haknya hanya kerana dirinya bukan seorang ibu.

Artikel Berkaitan: Padah Tukar Jantina, Lelaki ‘Cantik’ Maut Ditembak Abang Sendiri

Artikel Berkaitan: Nur Sajat Mengaku ‘Transgender’ Semasa Live Di TikTok?

Artikel Berkaitan: Isma Yusoof Dedah Dirinya Seorang ‘Transgender’ Sebab Tak Mahu Jadi Munafik

Kasih sayang pada anak

Bapa kepada dua orang anak itu berhadapan perbicaraan mahkamah bagi mendapatkan bahagiannya dengan sama rata. Difahamkan, dua orang anaknya itu kini tinggal bersama ibu kandung mereka kerana sistem perundangan yang perlu diikut oleh masyarakat di Ecuador.

Lelaki yang bernama Rene Salinas Ramos itu menyatakan, penukaran jantina hanyalah ujian cintanya pada anak-anak dan tiada kaitan dengan seksualiti atau identiti jantinanya.

Sekarang, saya juga seorang ibu. Saya anggap diri saya begitu.

Saya amat pasti mengenai kecenderungan seksual saya. Apa yang saya cari adalah untuk memberikan kasih sayang dan perlindungan yang boleh diberikan seperti seorang ibu kepada anak-anaknya. 

Tambah lelaki berusia 58 tahun tersebut, dirinya sudah setahun setengah tidak bertemu dengan anak sulungnya dan dimaklumkan anak kedua pula menjadi mangsa dera.

Ramos turut berkongsi pendapat bahawa segelintir undang-undang merampas hak seseorang untuk menjadi ibu bapa kepada anak-anak.

Walau bagaimanapun, usahanya dalam penukaran jantina demi anak-anak akhirnya berjaya selepas Ramos ke Pejabat Pendaftaran Awam Azuay.

Sumber: Oddity Central

SKIP THIS AD ×