Sebelum ini, pelakon Nabila Huda menegaskan dia sama sekali tidak pernah kenal dengan aktres Nad Zainal yang dulu pernah menjadi kawan rapat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Huda Tetap Tak Kenal Nad Zainal, Dedah Kena ‘Block’ Di Instagram
Artikel Berkaitan: ‘Maaf, Siapa Ni? Pelakon Ke?’ – Nabila Huda ‘Mengusik’ Nad Zainal
Terbaru, menerusi temu bual bersama Melodi, pelakon filem ‘Rahsia’ ini berkata tiada istilah merajuk dalam kamus hidupnya.
Memang saya tak kenal
Menurut Nabila, dia tetap tidak kenal Nad Zainal sekiranya dipertemukan di mana-mana majlis.
Memang saya tak tahu siapa dia. Mungkin sebab Covid jadi saya lupa. Benda yang tak penting, kita kena fokus ke hadapan. Kalau dah lupa, dia akan lupa terus. Kalau dipertemukan, saya tetap tidak akan kenal.
Disoal mengenai posting Sharifah Sakinah, pelakon berusia 38 tahun ini berkata, rakan baiknya itu mungkin mempunyai pendapat sendiri mengenai hal tersebut.
Sakinah mungkin ada pendapat dia sendiri. Saya rasa kasihan dekat Kinah. Ayat dia tepat dan padat.
Ditanya pula mengenai foto pernah bersama dengan Nad Zainal dan posting ‘janji untuk menjaga Nad’, Nabila atau lebis mesra disapa Abil memberitahu dia sudah lupa mengenai situasi tersebut.
Kalau Abil sayang seseorang, saya akan setia dan sayang sampai mati. Susah untuk saya putuskan perhubungan kecuali kalau ada benda yang menyakiti. Cara terbaik adalah berjauhan sementara. Tapi kalau fikir sayang dia tetap juga akan kembali bersama. Ada sesetengah orang, kita tak buat masalah tapi kita ditinggalkan. Apa yang boleh kita buat ialah memaafkan dan mendoakan dari jauh.
Dalam, hidup saya juga tiada istilah merajuk. Kalau dia tak perlukan kita, kita pun tak payah ambil tahu. Siapa yang tahu sahaja akan mengetahui hal ini. Dia dah tak ada dalam kepala otak saya. Saya tak pernah ada sahabat macam itu. Saya hanya ada kawan yang sejati dan sentiasa ada bersama sejak dahulu sampai sekarang. Alhamdulillah. Bersyukur saya ada kawan-kawan perempuan yang lain. Mereka masih ada.
Terdahulu, Abil menjadi sorotan netizen apabila meninggalkan komen ‘Maaf tanya, siapa ini? Pelakon ke?’ di sebuah rakaman temu bual Nad Zainal bersama pihak media
Sumber: Melodi