berita

‘Dia Mungkin Terlepas Pandang’ – Daphne Iking Simpati Nasib Syed Azmi

July 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial mengenai kisah Bella, seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) Sindrom Down yang dipercayai telah didera semasa di bawah jagaan seorang pengasas pusat kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Susulan daripada kes tersebut, Syed Azmi yang merupakan penasihat rumah kebajikan berkenaan telah menerima kritikan yang hebat daripada netizen.

Artikel berkaitan: ‘Korang Ni Manusia Ke Syaitan?’ – Luka Sampai Nampak Daging, Video Dera Adik Bella Tersebar

Artikel berkaitan: Rumah Bonda Disita, Pengasas Dakwa Adik Bella Degil, Luka Sebab Tertumpah Air Panas?

Artikel berkaitan: Syed Azmi Risau Suspek Kes Bella Murung, Emosi Terganggu Jika Terus ‘Ditekan’

Di Instagaram, pelakon, Daphne Iking meluahkan rasa sedih apabila melihat sahabat baiknya itu dikecam oleh netizen.

Dia sangat rajin dan penyabar

Saya berasa sedih kerana rakan saya Syed Azmi dibuli di media sosial dengan kejam. Saya telah bekerjasama dengan Mi dalam beberapa kes dan dia sangat rajin dan sabar apabila saya telefon dia pada waktu lewat malam. Mi merupakan mentor yang hebat dan telah membantu saya menubuhkan Kitafund pada tahun lalu.

Menurut Daphne Iking, dia berasa sedih selepas membaca beberapa komen yang negatif dan tidak membina mengenai #JusticeForBella. Tambahnya, dia tidak mengetahui niat sebenar orang yang menulis komen negatif tersebut terhadap Syed Azmi. Ujarnya lagi, perkataan ‘keadilan’ telah tersasar dari pandangan umum tatkala, mereka mahu membela nasib remaja tersebut. Sebagai sahabat baik, Daphne Iking memberitahu bahawa Syed Azmi tidak pernah berniat jahat dan selalu membantu ramai orang.

Dia mungkin terlepas pandang, dia mungkin dilihat tidak cukup gigih, tetapi saya dapat memberi jaminan kepada anda, dia tidak pernah berniat jahat dan saya tahu ini sebenarnya. Dia telah menolong banyak orang. Saya telah mengetahui beberapa kes sensitif yang harus dia tangani dan sebagai pemerhati saya berasa kasihan terhadap dirinya kerana terpaksa menghadapi cemuhan daripada masyarakat.

Tak mahu kesan negatif pada proses siasatan

Jelas Daphne Iking, Syed Azmi akan melakukan apa yang dia ingin lakukan, mengatakan apa yang dia fikirkan, bahkan tanpa menyindir siapa pun ketika banyak kali dijatuhkan. Tambah Daphne Iking, Syez Azmi dipercayai baru memperoleh ilmu pengetahuan mengenai keadilan jenayah, jadi dia berbicara dengan lebih berhati-hati daripada sebelumnya dan tidak menyebut nama mana-mana pihak serta memberi perincian yang lebih mendalam berhubung kes yang berlaku. Jelasnya lagi, ianya akan menimbulkan kesan negatif terhadap proses penyiasatan seandainya Syed Azmi tidak berhati-hati dalam memberi kenyataan.

Masyarakat lupa beban bukti dalam kes jenayah adalah keraguan yang munasabah. Rangkaian bukti mesti benar-benar utuh untuk mendapatkan keyakinan. Dan itulah sebabnya saya berharap dialog untuk menginginkan keadilan dapat berkembang menjadi sesuatu yang dapat membantu. Mari kita mendorong agar mereka mempunyai keberanian untuk menceritakan kisah mereka dengan tepat dan untuk menguatkan kes ini.

Di akhir posting tersebut, Daphne Iking berharap keadilan buat Bella bakal terjawab dan masyarakat dapat berfikir terlebih dahulu sebelum menghentam seseorang.

Sumber: Daphne Iking

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×