Selepas terpalit dengan isu perselingkuhan bersama Ayus Sabyan, nama Nissa Sabyan sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas dia didakwa sedang berbadan dua.
Artikel Berkaitan: Video Usap Perut Viral Di Media Sosial, Nissa Sabyan Didakwa Hamil Pula
Artikel Berkaitan: ‘Ya, Benar Abang Saya Berselingkuh Dengan Nissa Sabyan’ – Adik Ayus
Artikel Berkaitan: Tak Tahan Lihat Kemesraan Suami Dengan Nissa Sabyan, Isteri Ayus Umum Dah Cerai
Setelah hampir sebulan berteka-teki, akhirnya gadis kecil molek ini telah tampil menjelaskan perkara sebenar.
Nissa didakwa berbadan dua
Sebelum ini, spekulasi ‘berbadan dua’ mula tersectus selepas tersebarnya satu video yang memaparkan Nissa Sabyan sedang mengusap perutnya. Kebanyakan netizen tertanya-tanya adakah benar Nissa sedang menghamilkan anak Ayus ataupun tidak. Meskipun begitu, Nissa langsung tidak memberi sebarang respon berhubung perkara yang viral itu.
Terbaru, Nissa bersama kumpulannya Sabyan telah menjadi artis undangan dalam program Insert Story Special Ramadhan di Trans TV Official. Menerusi temu bual tersebut, pengacara program telah meminta Nissa menjawab spekulasi yang mengaitkan dirinya sedang berbadan dua. Jelas Nissa, dia sama sekali tidak hamil dan video tersebut bukanlah video baru seperti yang disangka tetapi ianya telah dirakam pada tahun 2019 lagi.
Isu tersebut Nissa rasa kayaknya setahu Nissa dia (orang yang membuat video) sudah mengklarifikasi bahawa video itu tidak benar.
Penjelasan Nissa dan Ayus
Sementara itu, Ayus turut memberi respon berhubung dakwaan terbabit. Menurut Ayus, Nissa tidak berbadan dua dan ketika video itu diambil, Nissa dipercayai baru sahaja turun dari pesawat dan mengalami sakit perut. Oleh kerana itu, dia mengusap perutnya.
Pengacara tersebut sekali lagi bertanya kepada Nissa lantas penyanyi ini menegaskan bahawa dia tidak hamil. Selain itu, Ayus memaklumkan sebelum ini, individu yang mula mencetuskan spekulasi tersebut juga telah menjelaskan perkara sebenar dan dia mengakui langsung tidak menyangka isu ini akan viral.
Oh tidak. Kerana sakit perut.
Walaupun begitu, sehingga kini, Nissa dan Ayus masih belum memberi sebarang respon mengenai dakwaan perselingkuhan yang membabitkan mereka berdua.
Video temubual
Sumber: Trans TV Official