berita

Didakwa Tidak Beri Kerjasama Terhadap Ustaz Wadi Annuar, JAIPs Perjelas Perkara Sebenar

May 3rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Isu & Kontroversi

Penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar mendakwa pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) tidak memberikan kerjasama yang baik sewaktu dirinya menghadiri sesi siasatan di pejabat JAIPs semalam, (Selasa).

Artikel Berkaitan: Tiada Tauliah Mengajar, Ustaz Wadi Annuar Diminta Menghadap JAIPs

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nafikan Sebab Tak Pernah Ditawarkan Tauliah Sebanyak Dua Kali’ – Ustaz Wadi Perjelaskan Perkara Sebenar

Pertelingkahan berlaku

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, berlaku sedikit pertelingkahan di pintu pagar pejabat JAIPs ketika Ustaz Wadi hadir bersama beberapa orang peguamnya di premis JAIPs.

Difahamkan, pertelingkahan itu tercetus selepas pihak JAIPs hanya membenarkan Ustaz Wadi dan seorang sahaja peguamnya untuk masuk bagi sesi siasatan.

Apabila berhujah, mereka mengatakan bahawa enakmen mereka tidak membenarkan lebih daripada dua orang masuk bagi tujuan siasatan.

Namun, seorang pegawai JAIPs memaklumkan bahawa dua peguam dan saya dibenarkan masuk selepas mendapat arahan daripada pihak atasannya

Telah berlaku lagi pertelingkahan antara dua pegawai JAIPs dengan barisan peguam lalu mereka telah mengarahkan peguam keluar dari bilik siasatan, yang mana perkara ini dibantah oleh saya.

Lebih menjengkelkan, Ustaz Wadi mendakwa bahawa tiada sebarang soalan yang dikemukakan kepadanya dalam tempoh kira-kira setengah jam menunggu dan keluar tanpa sebarang siasatan dibuat pihak JAIPs pada jam 11.30 pagi.

Tiada keperluan untuk peguam hadir

Foto: Facebook Ustaz Wadi Annuar

Dalam pada itu, Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk Ustaz Wadi membawa peguamnya dalam sesi keterangan di pejabat mereka memandangkan sesi tersebut bukanlah perbicaraan mahkamah.

Bukan itu sahaja, pihaknya hanya mahukan Ustaz WAdi sahaja untuk berada di perkarangan pejabat JAIPS bagi mendapatkan keterangan beliau.

Kita di sini bukan nak soal siasat sangat dia tetapi lebih kepada hendak merekodkan keterangan berhubung kejadian tempoh hari.

Najmuddin turut menerangkan bahawa kehadiran peguam kepada pendakwah bebas itu ke premis JAIPs diberikan adalah atas budi bicara pegawai penyiasat JAIPs selepas Ustaz Wadi memaklumkan bahawa dia pernah ke Bukit Aman untuk memberi keterangan sambil ditemani peguamnya tanpa sebarang masalah namun itu melibatkan kes lain.

Namun, JAIPs mendapati peguam kepada pendakwah bebas itu tetap berkeras mahu berada bersama anak guamnya sehingga proses mengambil keterangan itu terganggu sehinggakan pihak JAIPs tertanya-tanya mengapa peguam penceramah perlu ada bersama ketika sesi memberi keterangan dengan jabatan berkenaan.

Walau bagaimanapun, keterangan terhadap Ustaz Wadi tidak dapat diteruskan kerana pendakwah bebas itu didapati sudah beredar dari perkarangan pejabat JAIPS.

Kita (JAIPs) tidak dapat ambil keterangannya kerana dia (didakwa) menghilang diri. Dipercayai (beliau) sudah pulang ke Kompleks Pendidikan Matin di Kangar.

Pada ketika ini, pihak JAIPs masih belum membincangkan lagi mengenai penjadualan semula kehadiran Ustaz Wadi ke pejabat JAIPS untuk diambil keterangan.

Untuk info, sesiberkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan Ustaz Wadi berhubung penyertaannya pada program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar tanpa mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis pada 28 Mac yang lalu.

Ia ekoran beberapa anggota penguatkuasa JAIPs yang datang bagi mengambil keterangan Ustaz Wadi selepas majlis itu berlangsung dihalang oleh ratusan hadirin termasuk pendakwah bebas, Ahmad Husam Baderudin yang berada di kompleks berkenaan.

Kenyataan Ustaz Wadi

Sumber: Sinar Harian, Facebook

SKIP THIS AD ×