Foto: Instagram Fiza Halim
Baru-baru ini, nama pelakon jelita iaitu Fiza Halim menjadi topik hangat di media sosial selepas seorang wanita yang mengaku sebagai bekas adik ipar Fiza mendakwa pelakon itu telah menjadi ‘kaki sondol’ dan ‘pemusnah’ rumah tangga abangnya dan bekas isteri.
Artikel Berkaitan: 3 Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Fiza Halim ‘Fikir Panjang’ Nak Terima Lamaran Duda VIP
Setelah sekian lama mendiam diri, Fiza Halim akhirnya tampil membuka mulut mengenai dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu.
Fiza buat laporan polis
Foto: Instagram Fiza Halim
Difahamkan, sebelum ini individu yang dipercayai merupakan bekas adik ipar Fiza Halim telah menceritakan satu persatu apa yang dilakukan pelakon ini sehingga membuatkan abang dan bekas isterinya bercerai. Meskipun begitu, tiada sebarang kenyataan atau respon yang dikeluarkan oleh Fiza.
Terbaru, bekas anggota kumpulan Elite ini telah memuat naik satu posting memaklumkan bahawa dia sudah membuat laporan polis dan siasatan masih lagi dijalankan. Jelasnya lagi, selama ini dia hanya mendiamkan diri adalah atas nasihat pihak polis.
Apa yang boleh saya bagi tahu dekat sini, selama 4 hari ni saya berdiam diri tak nak ulas apa-apa sebab pihak polis mengarahkan saya supaya tidak membalas atau menjawab apa-apa pertanyaan. Ini kerana segala DM, comment yang saya dapat selama 4 hari ni telah dipantau oleh pihak SKMM dan juga pihak polis.
Sementara itu, Fiza sempat memberi amarakan kepada semua individu yang pernah memberi komen cacian dan hinaan kepadanya supaya bersiap sedia untuk disiasat oleh pihak polis.
Jadi bersiap sedia lah ya semua yang pernah hantar DM dan komen ke saya akan di soal siasat. Tak mahu cakap banyak, kita tunggu dan lihat.
Sumber: Fiza Halim