Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona yang kini melanjutkan pelajarannya ke UK (United Kingdom) akui sukar untuk membiasakan diri dengan kehidupan di negara orang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kerinduan Terubat, Leona Teruja Dapat Naik Motor Pergi Bazar Ramadan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Balik Malaysia Semata Rindu Bazar, Azhar Sulaiman Pening Dengan Leona
Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Restu Sekiranya Kasih Iris Leona Kahwin Suami Orang
Tak kisah digelar ‘manja’
Menerusi laporan Harian Metro, Leona menggunakan duitnya sendiri dalam menampung kos pergi dan balik dari UK ke Malaysia. Tambahnya, dia bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya.
Saya pernah terfikir untuk pergi balik hari dari UK ke Malaysia, tetapi saya tidaklah berbuat demikian.
Saya bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan dan terima kasih buat pihak pengurusan saya yang merencana kerjaya saya sebaik mungkin. Mereka berusaha dalam mencari peluang untuk saya dari aspek sosial media dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, Leona tidak menyalahkan mana-mana pihak yang melabelnya ‘anak manja’ dengan kepulangannya ke Malaysia yang kerap kali dilihat itu.
Tambahnya, dia sudah mula bekerja sejak habis sekolah dan segala kos perbelanjaan di UK menggunakan wang simpanannya sendiri.
Sumber: Harian Metro