berita

Dilabel Perosak Rumah Tangga Orang, Zurina Badron Akui Terkesan – ‘Mana Hubungan Baik Kita Seperti Sebelum Ini?

February 17th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dilabel sebagai perosak rumah tangga orang, kakak kepada penyanyi, Syura iaitu Zurina Badron mengakui terkesan dengan perkara tersebut.

Artikel berkaitan: Chot Raja Lawak Belum Bersedia Beri Kenyataan Isu Berkahwin Dengan Kakak Penyanyi Terkenal

Artikel berkaitan: [VIDEO] Bekas Isteri Ucap Tahniah Dekat Chot Raja Lawak, Dakwa Orang Ketiga Punca Bercerai – ‘Perkahwinan Atas Penderitaan Orang Lain’

Menurut Zurina, tindakan bekas isteri suaminya iaitu Siti Zafirul (Jaja) menularkan kisah rumah tangga di media sosial menyebabkan dirinya dan keluarga menerima impak yang buruk.

Melibatkan banyak pihak

Selepas apa yang berlaku, perkara ini memberikan impak dan membabitkan banyak pihak. Bukan saja saya, bahkan keluarga, termasuklah adik saya, Syura turut terkena tempias kecaman walaupun dia tak ada memuat naik sebarang hantaran.

Ujar Zurina, Syura banyak memberikan nasihat dan kata-kata positif kepadanya memandangkan adiknya itu sudah lama berada dalam industri seni tanah air.

Dia dah lama berada di dalam industri seni tanah air dan sudah tahu bagaimana untuk berhadapan dengan situasi sebegini. Katanya, sekali dianggap ‘penyondol’, orang akan anggap sebagai penjahat. Dia berikan kata-kata positif kepada saya dan menasihatkan saya supaya diam sahaja.

Tambah Zurina, hubungannya dengan Jaja sebelum ini seperti adik dengan kakak memandangkan wanita itu sudah ikhlas melepaskan Chot.

Bagi saya, memang ada salah di pihak saya juga dan saya tak cakap yang saya betul. Cumanya, sampai sekarang, saya masih keliru kerana Jaja pernah berbincang dengan saya dan meluahkan bahawa dia ikhlas dengan semua yang berlaku.

Apa makna ikhlas itu sekiranya dia mengambil tindakan untuk menularkan perkara ini dengan cara begitu? Mana hubungan baik kita seperti sebelum ini?

Pada ketika itu (selepas Jaja bercerai dengan Chot), hubungan saya dan dia macam kakak dan adik. Dia pernah ikhlaskan dan beritahu mengenai ketenangan selepas bercerai. Atau, adakah tindakannya itu ada hubungan dengan hasutan orang lain? Atau mungkin ada kepentingan lain?

Guna khidmat peguam

Menerusi laporan Harian Metro, Zurina berkata dia menggunakan khidmat peguam bagi mencari jalan penyelesaian dan perdamaian.

Saya pun nak dengar jawapan daripada pihak dia atas apa yang berlaku. Saya nak sangat bersemuka dengannya. Bukan untuk keruhkan keadaan, tetapi saya inginkan penjelasan. Saya pun dah berkahwin, jadi tentulah saya mahukan kehidupan yang tenang. Saya harap, dia sedar mengenai notis yang dihantar peguam dan bersetuju untuk berjumpa.

Terdahulu, Jaja tampil dalam program Melodi dan menjelaskan bahawa tindakannya menularkan gambar serta kisah rumah tangga mereka bukan niat untuk menjatuhkan maruah sesiapa.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×