berita

[VIDEO] Kaka Azraff Masih Terkesan Dengan Pemergian Arwah Ibu & Kakak – ‘Kalau Ikutkan Saya Tak Nak Sambut Aidilfitri’

April 24th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Penyanyi, Kaka Azraff mengakui dirinya masih terkesan dengan pemergian dua insan tersayang iaitu ibu dan juga kakaknya sehingga ke hari ini.

Artikel Berkaitan: Ibu Kaka Azraff Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Sambut raya demi keluarga

Ketika ditemui OhBulan!, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff berkata dia begitu terkesan sehinggakan mempunyai niat untuk tidak menyambut perayaan Aidilfitri pada tahun ini.

Namun, dia tetap menyambut perayaan tersebut demi memberikan kemeriahan buat keluarga serta empat orang anak arwah kakaknya.

Kakak meninggal mengejut, dia muda lagi 39 tahun, dia tinggalkan empat orang anak, dia ‘pergi’ sebelum puasa.

Kakak meninggal sebab Meningitis (jangkitan kuman), demam yang berpanjangan selama dua minggu dan jangkitan kuman dia dah sampai ke otak.

Dan tahun ini sepatutnya raya pertama tanpa ibu tapi dia jadi tanpa ibu dan kakak. Jadi, raya ini kalau ikutkan, saya tak nak sambut, tapi sebab saya ada suami dan anak-anak serta anak saudara, saya kena kuat.

Kita yang bersedih kenapa mereka yang perlu terkesan? Jadi setiap kali beraya tu saya selalu paksa diri untuk budak-budak ni. Itu yang saya buat sebenarnya.

Kaka berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media program ‘The Hardest Singing Show’ yang berlangsung di The Gardens Theatre, The Gardens Mall Mid Valley City, Kuala Lumpur.

Tambah pelantun lagu ‘Gila’ itu, dia kini mengambil tanggungjawab untuk menjaga empat orang anak saudaranya itu.

Abang ipar saya anak tunggal, jadi siapa dia nak harapkan? Saya dan adik sahaja, kami sama-sama tolong dia untuk besarkan anak-anak.

Anak-anak dia sekarang duduk dengan adik saya. Adik saya dia sendiri yang tawarkan diri untuk jaga.

Jadi saya pun sama-sama turut serta tolong jaga anak arwah kakak, sebab mereka pun memang rapat dengan saya daripada kecil.

Sekadar info, ibu kepada Kaka iaitu Redida Aziz meninggal dunia pada 7 Mei tahun lalu akibat serangan jantung manakala kakak kepadanya, Nor Afida Noor Azraff meninggal dunia pada 8 Mac lalu.

SKIP THIS AD ×